Sudah sebulan peristiwa di Taman Tasik itu berlalu. Sejak dari peristiwa
itu, Arjuna sangat rajin menghubungiku. Nak buat aku jatuh cintala tu.
No no no.. tak semudah itu. Tapi semenjak duduk rumah ni aku rasa
kehilangan. Dulu aku still boleh bertekak, bergaduh dengan orang.
Sekarang? Menghadap dinding putih bisu ni jela.
Aik? Rindu ke Isya?
Rindu…
Dengan siapa?
Arjuna ….? Pantas aku menggeleng sendiri.
Rutin hidup aku pun sudah mula berubah. Atas permintaan abang, aku
memutuskan untuk berhenti kerja. Ikutkan memang hati aku berat. Tapi
kalau ingkar arahan abang ibarat menjerat leher sendiri. Mesti kebebasan
aku akan disekat.
Nasib ada makcik Imani . Dalam seminggu mesti ada sehari dia datang
menjenguk. Kadang dia bawa juga keluar cuci mata. Abang kasi tempoh tiga
bulan sihat baru dia akan benarkan aku memandu semula.
Pernah aku kantoi dengan abang memandu lepas seminggu keluar hospital
hari tu. Sudahnya, seminggu jugalah abang ambil cuti, duduk rumah jaga
aku. Rasa macam duduk dalam asrama. Banyak betul peraturan! Aku tahu.
Ini juga salah satu taktik abang untuk menyuruhku pulang. No. Aku tak
akan masuk dalam perangkap abang. Keji betul.
Namun, semenjak dua menjak ni, ada saja jambangan bunga sampai di
rumahku. Setiap hari isnin dan jumaat. Tidak ramai yang tahu alamat
rumah aku. Yang muskilnya, tiada nama pengirim mahupun kad terselit
dijambangan bunga itu. Bila aku bertanya, orang yang menghantar tu hanya
tersenyum. Aku rasa ni mesti kerja abang juga ni. Hari ni hari jumaat.
Ha.. kejap lagi sampailah tu.
Deringan loceng di muka pintu mematikan lamunanku. Berlari anak aku
menuju ke muka pintu. Perlahan ku buka, terlihat si penghantar bunga
sedang tersenyum manis kearahku. Kan dah kata dah.
Panjang umur kau si penghantar bunga. Doaku dalam hati.
“Miss Dhia Exora .” Sapanya sambil tersenyum. Aku mengangguk sambil
membalas senyumannya.
“Lucky you. Setiap hari isnin dan jumaat mesti kami dapat pesanan
penghantaran ke sini. Orang tu mesti sayang sangat kat cik Dhia ni.”
Katanya sambil menghulurkan jambangan bunga dan resit penghantaran
kepadaku. Setelah aku menurunkan tandatanganku dia segera berlalu.
Penghantar bunga itu mahu mengejar masa mungkin. Aku mengangkat bahu.
Pintu ditutup. Aku kembali ke ruang tamu. Membelek jambangan bunga itu.
No card. Macam biasa.
Aku meletakkan jambangan bunga itu diatas meja. Hm… bunga Lily merah
hati. Baik letak dalam pasu.
Alamak.. ada pasu ke? tak pe.. gelas ada. Bisik ku dalam hati. Aku
berlalu ke dapur. Niatku untuk mencari gelas bagi meletakkan bunga Lily
yang segar ini. Namun derap kaki ku terhenti tatkala terdengar deringan
loceng di muka pintu.
Buat kedua kalinya, aku berlari anak menuju ke muka pintu. Perlahan
pintu ku buka. Dahiku berkerut tatkala melihat si gerangan. Penghantar
bunga? Kali ni orang lain yang hantar. Tapi…bunga lagi?
“Are you miss Dhia Exora ?.” Soalnya apabila melihat tubuhku terpacul
dimuka pintu. Aku hanya menganguk. Sebuah senyuman dihadiahkan.
Jambungan bunga dan resit penghantaran bertukar tangan.
“Sila tanda tangan disini.” Ujarnya sambil menunjuk kesuatu tempat. Aku
hanya menuruti arahannya itu. Tidak mahu berlengah. Setelah mendapatkan
tanda tanganku, penghantar bunga itu pun berlalu pergi. Pintu rumah ku
tutup.
Aku segera berlalu ke ruang tamu. Meletakkan jambangan bunga itu di atas
meja. Bunga mawar warna hitam.
Hitam? mawar hitam melambangkan kebencian. Siapa buat lawak ni?
Mataku terkesan kad ucapan yang terselit dijambangan bunga itu. Segera
ku ambil dan ku baca isi kandungannya.
Segalanya akan berakhir tidak lama lagi. Bersedialah.
Dahiku berkerut seribu.
Ada orang benci aku ke? apa yang berakhir? Akhir hantar bunga? Nak
bersedia untuk apa? Pelbagai persoalan bermain difikiranku.
Abang. Baik aku tanya abang. Tanganku sedang menekan nombor telefon
Salman ketika deringan loceng berbunyi dimuka pintu.
Ada orang datang ke? bisik hati kecil ku. Aku segera membuka pintu. Aku
melihat si penghantar bunga sedang berdiri sambil tersenyum manis
kearahku. Kali ketiga. Si penghantar bunga yang berbeza.
Kenapa semua yang hantar bunga senyumannya manis-manis belaka? Tapi… bunga?
Lagi?
“Miss Dhia Exora ?” Soalan yang sama dari tiga orang yang berbeza.
Aku hanya mengangguk. Pelik. Kaya gila orang tu sambil nak kasi bunga
banyak – banyak kali. Kalau betul abang yang kasi, memang membazir tahap
gaban ni. Psiko gila.
Dia menghulurkan jambangan bunga dan resit penghantaran kepadaku.
“What a lovely day. And lucky you, Pandai tuan pengirim ni pilih bunga.
Sama cantik dengan penerimanya.” sapanya sambil tersenyum.
“Lucky me. Hari ni dah tiga kali dapat bunga. I wonder, is it from the
same person? Until now, saya masih tercari-cari siapa pengirimnya. Tak
boleh beritahu saya ke? A little hint maybe?” Kata ku sambil menurunkan
tanda tangan.
“Wah! Mesti Cik Dhia ni sangat popular. Well, to be truth, I don’t
know either. I’m sorry. I can’t help you. But I’m sure he is kind and
loving person.” Ujarnya sambil mengenyitkan mata ke arahku. Tu bukan tak
tahu tu, tu bersubahat namanya tu. Setelah mengucapkan terima kasih, aku
segera berlalu ke ruang tamu. Jambangan bunga itu ku belek satu persatu.
Bunga Lily juga. Bunga lily warna ungu, juga warna kegemaranku. Tadi
Lily merah hati, mawar hitam, sekarang Lily ungu?
Eh, kad? Bunga Lily ungu ni pun ada kad. Segera aku mengoyakkan sampul
kad itu. Isinya ku baca.
Seronok duduk rumah sayang? Pergilah baca buku.Tulis diari ke.
You love to write don’t you?
Kan aku dah agak. Keji punya abang.
Lantas ku mengambil telefon pintarku. Sebaris pesanan ku kirimkan kepadanya.
Tak lawak ok. TAK LAWAK.
Share this novel