Kemenangan tersebut memberi dorongan baru kepada Elma FC. Semangat pasukan semakin meningkat dan keyakinan mereka terhadap strategi yang dipilih semakin kukuh. Johan dan Zariq terus bekerja keras untuk memperbaiki segala aspek dalam kelab. Dari pengurusan kewangan hinggalah kepada perkembangan pemain muda.
Semasa di rumah, Johan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya. Dia berusaha untuk membahagikan dengan adil komitmen dengan Elma FC dan keluarganya. Dia kini menyedari betapa pentingnya membaiki hubungan antara kehidupan kerjaya dan peribadi untuk kesejahteraan dirinya. Sarah mula melihat perubahan positif dan hubungan mereka semakin pulih.
Sementara itu, Zariq terus menumpukan perhatian pada aspek perkembangan kelab. Dia melihat potensi besar dalam program-program latihan baru dan pelaburan dalam infrastruktur kelab. Dia tahu bahawa kejayaan jangka panjang memerlukan perancangan yang teliti dan sokongan berterusan dari semua pihak.
Share this novel