Bab 46: Keputusan Mesyuarat

Romance Series 258

Malam mesyuarat lembaga yang menentukan nasih kelab akhirnya tiba. Johan dan Zariq tiba lebih awal di bilik mesyuarat dengan hati yang berdebar.

Ini adalah peluang terakhir mereka untuk menghalang Hamdan daripada mengambil alih sepenuhnya kelab yang mereka bina dengan titik peluh mereka selama ini. Hamdan tiba tidak lama kemudian, wajahnya penuh keyakinan seolah-olah dia telah memenangi perebutan ini sebelum ia bermula.

Ahli lembaga pengarah mula berkumpul satu persatu, dan suasana dalam bilik itu mula terasa tegang. Johan membuka mesyuarat dengan tenang namun selepas itu nadanya menjadi tegas.

Dia mula mengemukakan bukti Hamdan telah melanggar perjanjian dan dia telah menyenaraikan beberapa keputusan yang dibuat oleh Hamdan tanpa persetujuan ahli lembaga.

Zariq menyokong Johan dengan menyatakan bagaimana keputusan-keputusan Hamdan sebenarnya lebih menguntungkan dirinya daripada kelab itu sendiri. “Ini bukan sekadar pelaburan, ini adalah pengkhianatan terhadap nilai-nilai Elma FC,” kata Zariq dengan penuh semangat.

Hamdan hanya memerhatikan, sesekali tersenyum sinis, seolah-olah yakin tiada siapa yang boleh menjatuhkannya. Tetapi ketika ahli lembaga mula membangkitkan persoalan tentang integriti Hamdan di dalam kelab, Johan mula merasakan perubahan dalam suasana mesyuarat. Mereka semakin meragui Hamdan.

Akhirnya, Encik Azlan berdiri. “Saya telah bersama kelab ini sejak ianya hampir dibubarkan. Saya menjadi saksi bagaimana Johan dan Zariq membina semula Elma FC dari bawah. Saya tak akan biarkan kelab ini jatuh ke tangan orang yang hanya peduli tentang keuntungan diri sendiri. Jadi dengan ini saya mengisytiharkan akan memberi sokongan kepada Johan dan Zariq.”

Beberapa ahli lembaga lain mula mengangguk setuju. Suara-suara sokongan semakin kuat, dan Hamdan mula merasa terancam.

Setelah perbincangan yang panjang dan penuh dengan ketegangan, akhirnya undian dijalankan. Setelah mendapat keputusan muktamad—Hamdan tiada lagi mempunyai kuasa untuk membuat keputusan utama bagi Elma FC. Johan dan Zariq berjaya mengembalikan kawalan kelab kepada mereka, dan membuatkan Hamdan terpaksa berundur dari ahli lembaga kelab.

“Ini bukan sekadar pelaburan, ini adalah pengkhianatan terhadap nilai-nilai Elma FC,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience