Disebuah rumah terpencil, tinggal seorang ibu tunggal dan anak perempuannya jauh dari kesibukan kota. Megawati yang masih mempunyai kudrat yang kuat, tetap meneruskan hidup dengan hanya menjadi seorang buruh tani disebuah ladang. Disitulah dia mengumpul mendapatkan rezeki dan mengumpul hasil pembiayaan sekolah anaknya setiap bulan.
Sebagai seorang ibu tunggal yang buta huruf, dia sering kali menjadi sasaran ejekan dan hinaan daripada penduduk kampung yang kurang memahami keadaannya. Namun, Megawati tidak pernah mengalah pada nasibnya.
Walaupun dia tidak berpendidikan tinggi, tekadnya untuk memberikan kehidupan yang lebih baik bagi anak perempuannya Ardilla, tidak pernah padam. Megawati bekerja keras setiap hari, walaupun dalam keterbatasan, demi masa depan yang cerah bagi Ardilla.
Setiap hari dia menggagahkan diri bekerja di ladang orang kaya tersohor dikampung itu. Setiap hasil yang diperolehi membangkitkan semangat untuk dia terus berjuang menjadi ibu yang terbaik untuk anaknya.
Disebelah pagi sebelum ke tempat kerja, dia sempat menyediakan bekalan anaknya ke sekolah dan nasi lemak untuk dihantar ke kedai Pak Seman. Sebelah petang, dia akan singgah mengutip hasil jualan nasi lemaknya disitu. Begitulah rutinnya setiap hari tanpa mengenal erti penat.
"Ini bekal makanan kamu ya sayang. Mak selalu doakan kamu semoga tetap kuat dan bersemangat belajar setiap hari."
"Terima kasih, bu. Tapi bekal Dilla hari ni apa? Macam semalam juga ke?"
"Tak. Hari ni ibu masakkan nasi goreng, telur dadar dengan sedikit buah potong untuk Dilla. Habiskan ya makanan ni nanti."
"Ibu janganlah risau. Dilla mesti habiskan makanan ni. Masakan ibu adalah masakan yang paling tersedap didunia. Mana boleh membazir. Kan ibu cakap membazir tu bersahabat dengan syaitan."
Tersenyum Megawati mendengar celoteh si anak. Sempat jarinya mencubit hujung hidung itu perlahan.
"Yelah. Tapi jangan lupa, kalau ada apa-apa yang tak faham pasal pelajaran tanya dengan cikgu atau kawan-kawan ya."
Memetik perkataan kawan-kawan, reaksi ceria Dilla berubah serta-merta.
"Ila sebenarnya sedih bila ibu sebut kawan-kawan."
"Kenapa?"
"Dia orang selalu aje ejek-ejek Ila orang miskin, busuk, tak lawa. Ada pula tu langsung tak nak dekat dengan Ila. Cakap pun tak nak. Katanya Ila ni tak sesuai sekolah kat situ. Duduk hutan kawan dengan beruk je sesuai."
Terpukul hati Megawati mendengar luahan si anak. Kasihan sungguh nasib Ardilla.
"Maafkan ibu sayang, sebab tak mampu sediakan apa yang dia orang ada. Ibu faham, Ila pun nak merasa hidup senang macam dia orangkan.
Tapi...."
"Tapi itu bukan soalnya, bu. Ila tak kisah pun hidup kita macam ni. Cuma Ila tak suka dia orang mengejek-ejek Ila, hina pekerjaan ibu, Ila sakit hati. Kita bukannya minta makan dengan dia orang. Dan kita pun tak pernah berhutang dengan sesiapa. Kenapa dia orang nak pandang rendah orang miskin macam kita? Susah sangat ke nak berbaik-baik?"
"Anak ibu ni bila marah nampak macam seorang peguambela pula. Hebatlah."
"Ibu....Ila serius ni, bu."
"Ya ya, ibu faham. Biarlah dia orang nak cakap apa. Yang penting kita tahu kita siapa. Ila pun pergi sekolah nak belajarkan. Bukan nak bergaduh siapa kaya siapa miskin. Jadi, pedulikan apa dia orang nak cakap. Lama-lama nanti dah letih dia orang diamlah."
"Ila tak suka orang hina-hina ibu. Ila benci."
"Dengar sini sayang. Jangan tanam rasa benci kamu tu dalam hati. Allah tahu sejauh mana kesusahan yang kita rasa. Biarlah kita miskin harta, tapi jangan miskin budi bahasa.
Kekayaan bukanlah segalanya."
"Tapi kenapa dia orang mesti nak ejek Ila? Buruk sangat ke muka Ila ni, bu?"
"Siapa kata anak ibu buruk? Anak ibu cantik. Dia orang sebenarnya yang tak faham betapa berharganya hidup bersederhana dan kasih sayang yang kita miliki. Tapi yang penting, Ila mesti terus kuat dan tak terpengaruh dengan cakap-cakap dia orang tu semua."
"Betul apa ibu cakap. Cikgu pun ada kata, hina besi kerana karat, hina manusia kerana harta. Di dunia ini, ada tiga perkara yang dipandang pada seseorang iaitu rupa parasnya, hartanya dan ilmunya. Walaupun seseorang itu miskin, dengan rupa paras yang ada padanya dia boleh hidup senang. Selain tu, orang miskin dipandang mulia dengan ketinggian ilmunya tetapi dapat mengubah kehidupan dengan ilmu yang dimilikinya. Betulkan bu?"
"Sekarang Ila fahamkan, kenapa Allah jadikan manusia tu ada yang kaya ada yang miskin. Lepas ni, Ila jangan takut bila orang kata Ila miskin. Ila belajar bersungguh-sungguh. Buktikan pada dia orang, orang miskin macam kita pun boleh berjaya."
Ardilla tersenyum luas.
"Baiklah, bu. Terima kasih sebab ibu selalu bagi Ila semangat. Ila janji Ila akan dapatkan keputusan yang terbaik untuk hadiahkan pada ibu. Biar dia orang tak dapat nak kutuk-kutuk Ila lagi."
"Nah, bekal ni jangan lupa. Nanti lapar pula kat sekolah tu."
"Ya tak ya. Nasib ibu ingatkan Ila. Kalau tak memang laparlah Ila sampai petang nanti. Dahlah nasi goreng ni sedap."
"Dah, cepat ambil basikal. Nanti lambat nak masuk sekolah."
Bergegas Ardilla menolak basikalnya yang berada ditepi tiang rumah. Bag sudah siap disandang. Sebelah kaki mula naik ke pedal basikal.
"Bai, ibu. Ila pergi sekolah dulu."
"Hati-hati bawa basikal tu. Kalau hujan berhenti dulu."
"Iya...!"
Itulah pesanan setiap kali si anak keluar rumah. Risau jika hujan membasahi tubuh Ardilla si anak akan demam.
#authorciciaida #lovers #penulisnovel #pelajaran #ilmu #sederhana #bahagia #ternoktahsatuimpian #novelist #ciciaida #Bestseller #novelmelayu
Share this novel