Chapter 2

Romance Series 1900

Ketika Ardilla tiba di kantin sekolah, dia melihat teman-temannya duduk di meja makan dengan makanan yang hebat-hebat. Ada yang membawa kentang goreng, daging burger dan juga sushi yang pelbagai rasa.

Dalam hati, Ardilla merasa sedikit cemburu melihat makanan mereka yang begitu lazat dan menyelerakan. Teringin juga dia ingin merasa makan makanan seperti itu.

Namun, ketika dia membuka bekalnya, aroma nasi goreng dan telur dadar menampar ke rongga hidungnya. Meskipun sederhana, makanan itulah tetap terlihat menyelerakan.

Dia kemudian mengingat kata-kata ibunya tentang pentingnya bersyukur atas apa yang dimiliki. Dengan penuh rasa syukur, Ardilla duduk di meja dan mulai menikmati makanannya.

Meskipun tidak sehebat makanan kawan-kawan yang lain, dia merasa bahagia kerana memiliki ibu yang baik dan selalu menyediakan bekal makanannya setiap hari.

Sambil memandang nasi gorengnya, Ardilla melihat kawan-kawan yang turut sibuk menjamu makanan masing-masing.

Walaupun kekurangan duit, dia masih boleh makan. Dan paling penting perutnya tidak lapar sementara menunggu pulang ke rumah nanti.

Kalau dengan perut kosong tentu dia tak kan tenang untuk belajar. Ilmu juga susah nak masuk dalam kepala gara-gara lapar.

"Oo...cik kak kita bawa bekal lagilah hari ni."

Jabbar, pelajar 5A tiba-tiba mengambil bekas makanan milik Ardilla.

"Hey, bagi balik bekal aku!* marah Ardilla sambil cuba mencapai bekas makanannya tetapi ditepis oleh Jabbar.

"Terima kasih mak, sebab selalu bekalkan makanan untuk Ila pergi sekolah."

Tiga teman Jabbar yang lain ketawa berdekah-dekah tatkala mendengarkan suara Jabbar mengejek.

"Jangan sentuh makanan aku. Walaupun itu cuma nasi dengan telur, pada aku itu adalah sederhana kalau nak dibanding orang yang tengah berperang tak ada makanan."

Masing-masing mencebik apa yang dikatakan Ardilla.

"Tengok ni, orang miskin makan apa?" Dani pula merampas.

"Makan telur dengan nasi je. Mana mampu nak makan burger macam kita." ujar seorang lagi kawan, Julia.

"Ee...bau dia bau telur. Busuk! Mana best makanan macam ni. Kalau aku tak lalu makan tahu. Buang dalam tong sampah jelah." saat tangan Julia mahu mencampak bekas makanan itu ke dalam tong.....

"Hey.....jangan dibuang." Jabbar kembali merampas.

"Kesian cik kak ni tak dapat makan nanti. Biarlah dia makan nasi dengan telur. Apa salahnya. Mak dia mana mampu nak beli makanan sedap-sedap. Makanan orang miskinkan memang macam ini. Nanti kalau dia tak dapat makan, mati pula. Siapa nak jawab?"

Ardilla cuba menahan diri walaupun hatinya terasa sakit diperlakukan begitu.

"Aku tak kisahlah makan nasi dengan telur. Mak aku sayang aku, sebab tulah dia sanggup masakan bekal untuk aku. Nak dibandingkan dengan kau orang semua, makan minum beli kat kantin semata-mata. Nilai kasih sayang tu tak ada tahu tak." balas Ardilla tertahan-tahan suaranya.

Ikutkan hati mahu saja dia menjerit. Tetapi dia tidak mahu para guru mendengar suara lantangnya.
"Hek elek, nak cakap pasal nilai kasih sayanglah pula. Hey, kalau dah miskin tu buatlah cara miskin. Tak payah nak berlagak konon makanan kau tu sedap sangat.

Kita orang tak hairanlah. Makanan yang kau makan tu, sama macam makanan kucing aje." sampuk Dani mencemuh kerana geram.

"Eh, suka hati kau oranglah nak cakap apa. Bagi sini balik bekal aku!"

Tindakan Ardilla cuba mengambil bekalnya tidak berjaya apabila Jabbar dengan bersahaja memberi pada Julia kembali.

"Orang lapar memang cepat marah. Bagi jelah. Karang datang mak dia berdiri sebelah kau macam mana?"
Sekali lagi Ardilla ditertawakan oleh mereka.

"Orang berfikiran tak cerdik memang selalu tunjuk perangai buruk. Makan nasi dengan telur pun nak jadi hairan. Masuk sekolah rendah baliklah belajar UPKK. Baru tahu belajar adab."

"Kau!" tanpa sempat Dani mengangkat tangan pada Ardilla.

"Kau ingat kau tu istimewa sangat ke? Hey, kita orang ni semua tak makan nasi dengan telurlah. Orang miskin macam kau aje yang layak makan makanan macam ni. Bodoh!" meludah ke tepi Dani membalas kata-kata Ardilla.

"Mungkin kau lupa yang kekayaan bukanlah segalanya. Yang penting adalah nilai-nilai dan semangat yang aku ada sekarang. Aku bangga dengan apa yang aku ada dan tak perlu banyak duit untuk rasa dihargai. Kau yang sepatutnya belajar bersyukur dengan apa yang kau ada dan berhentilah menghina orang untuk buat diri kau konon rasa lebih baik."

Jabbar dan Julia masing-masing terdiam sendiri. Sebaliknya Dani...
"Hey! Apahal dengan kau orang ni. Datang sini nak makankan? Jadi buat cara nak makan. Jangan nak bertekak pula. Hormat orang-orang lain yang nak makan kat sini."
"Relax ah pak cik. Kita orang bergurau aje. Tak kan itu pun tak boleh?"

"Bergurau? Tak payahlah kau nak kencing aku. Bukan aku tak dengar kau mengata dia macam-macam tadi. Jangan suka sakitkan hati orang. Fikir dulu sebelum nak cakap tu. Mana bekal budak tu? Bagi sini!" dengan tegas pak cik kantin menarik bekas makanan ditangan Julia dan diberi pada Ardilla.

"Dengar sini, sekali lagi kalau aku tengok kau orang buat hal sini, siap. Aku report dengan Yazid. Biar dia denda kau orang yang tak beradab ni. Dah, pergi makan. Tak nak makan pergi masuk kelas!"

Mendengar saja nama Yazib, Jabbar dan kawan-kawannya cepat berundur. Cikgu disiplin yang terkenal dalam sekolah itu siapa yang tak kenal. Cikgu yang garang memang susah nak dikalahkan. Tangan itu sentiasa memegang rotan setiap kali ke mana-mana. Dengan baju kemeja lengan berlipat paras siku Cikgu Yazid sememangnya seorang yang digeruni di sekolah itu. Renungan tajamnya mampu menundukkan pelajar. Apa lagi mendengar suaranya, pasti akan menggeletar.
Namun, disebalik ketegasannya, terdapat kebimbangan yang mendalam terhadap pelajarnya. Cikgu Yazid bukan sahaja terkenal dengan kebijaksanaan dalam menjaga ketenteraman sekolah, tetapi juga kerana keadilannya yang tidak pernah berkompromi. Dia sentiasa menguatkuasakan peraturan sekolah dengan tegas, tanpa diskriminasi, sehingga tiada siapa yang berani cuba melemahkan kuasanya.

#authorciciaida #lovers #penulisnovel #pelajaran #ilmu #sederhana #bahagia #ternoktahsatuimpian #novelist #ciciaida #Bestseller #novelmelayu #masadepan #pengajaran #kasihsayang #tandasayang

Share this novel

Jie Jah
2024-05-02 14:15:33 

ok juga cerita ni.. menunggu sambungan nya


NovelPlus Premium

The best ads free experience