Chapter 6

Romance Series 1900

Pagi itu di perhimpunan sekolah, nama Ardilla telah dipanggil naik ke pentas. Dia dianugerahkan pelajar terbaik bagi kempen bahasa inggeris dan sejarah pada minggu tersebut.

"I hope this success will serve as inspiration for all students to continue striving and achieving. Congratulations once again, Ardilla, and keep up your excellent efforts!"

Pengetua sekolah memujinya dan menunjukkan dia sebagai pelajar contoh pada pelajar-pelajar lain.

Pihak sekolah juga turut menjadikan Ardilla sebagai salah seorang pelajar harapan bagi peperiksaan SPM yang semakin hampir.

Tepukan gemuruh meraikan Ardilla sebagai pelajar yang dibanggakan. Luas bibirnya mengukir senyum sepanjang berjalan dikaki lima menuju ke kelas. Balik nanti dia mesti bagitahu ibu tentang hal ni. Tentu ibu gembira dengan kejayaannya. Bag kertas berisi hadiah dari gurunya, dikerling beberapa kali. Tidak sabar nak balik rumah untuk buka.

"Ila!"

Ardilla terkejut apabila seorang pelajar lelaki datang menegurnya.

"Eh, Jauhar? Terkejut akak. Buat apa kat sini? Kenapa tak masuk kelas lagi?"

"Alah, nak ucap tahniahlah. Maklumlah, tiap-tiap minggu dia aje naik pentas. Saya bangga dengan awak."

"Awak awak. Panggil saya kakak. Saya ni senior kamu tahu."

"Alah, tua setahun je. Tak ada beza pun. Tapikan, kalau kita kahwin nanti, awak tetap juga kena panggil saya abang atau pun sayang."

"Ish! Merepek apa sampai kahwin-kahwin pula ni. Dah, pergi masuk kelas. Report dengan cikgu disiplin nanti baru tahu."

"Saya gurau jelah. Janganlah marah. Bai." berlari-lari anak Jauhar meninggalkan Ardilla.

"Terima kasih tau untuk ucapan tadi tu."

Jauhar mengangkat ibu jari tanda membalas apa yang dikatakan oleh Ardilla. Hatinya berbunga seketika kerana ada yang sudi mengucapkan tahniah atas kejayaannya.

Masuk saja ke kelas.....

"Tudia, pelajar terbaik kempen seribu bahasa kita dah masuk."
tiba-tiba dirinya disindir Jabbar dihadapan kawan-kawan sekelas.

Masing-masing memandang Ardilla dengan reaksi ada yang mencebik dan tidak endah.

"Aku pun hebat juga cakap bahasa inggeris. Tapi cikgu dengki. Asyik pilih dia je menang. Padahal dia tak adalah bagus mana pun. Setakat boleh cakap I love you kat budak kelas sebelah tu." sampuk Dani bangun melonggarkan tali lehernya.

"Kau guna loghat Malaysia, dia guna loghat Afrika. Mana nak menang. Lidah dia banyak makan ubi kayu, kau banyak makan sambal belacan, sebab tu lah kau kalah."

Bergema satu kelas hasil ketawa berdekah-dekah Jabbar dan kawan-kawannya.

Ardilla merenung Jabbar dengan rasa geram. Hatinya sedikit dijentik rasa kecewa dengan kelakuan lelaki itu. Namun, dia tidak akan membiarkan kata-kata mereka mengganggu semangatnya.

"Dengar sini ya, sesiapa pun boleh menang kalau dia usaha lebih. Bukan sebab cikgu dengki atau apa-apa. Aku belajar sebab memang aku suka mata pelajaran ni. Dan aku memang nak capai setiap apa yang aku cuba tu sampai berjaya. Kalau kau orang fikir sebab loghat yang membuatkan seseorang tu kalah, maka itu menunjukkan pemikiran kau orang masih sempit tak mahu ke depan."

Berbulu telinga Jabbar mendengarnya.

"Hek eleh, banyak bunyi pula mak enon ni. Kau ingat kau tu cantik sangat ke kat sekolah ni. Rambut setakat ekor kuda, ada hati nak komen berjaya. Hey, kau kena sedar, orang miskin macam kau ni tempatnya sekejap aje kat atas tu. Esok lusa melingkuplah. Jangan nak berlagak bagus kalau baru dua tiga kali naik pentas." cemuh Julia dengan laju menunjal kepala Ardilla.

"Hah, dengar tu, Dani? Dia fikir dia dah hebat sangatlah tu sebab boleh speaking. Baru ada cikgu english dah berlagak."

"Orang kalau tak sedar diri memang dia akan fikir dia selalu bagus. Syok sendiri." tutur Dani bengang.

"Kann! Kau orang jangan tak tahu, dia ni kaki bodek cikgu. Mana boleh tak menang. Tak percaya suruh dia mengaku. Kan Ardilla?" Julia terus menyokong apa yang dikatakan Jabbar dan Dani tadi.

Sekali lagi bergema kelas tersebut dengan ketawa para pelajar.

"Jabbar! Dani! Apahal bising sangat ni?" muncul seorang cikgu wanita menegur dari belakang kelas.

"Tak ada apa-apalah cikgu. Kita orang main kuiz aje." bersahaja Jabbar menarik kolar bajunya sambil berdiri merenung cikgu wanita itu dari meja belajarnya.

#ciciaida
#authornovel
#ternoktahsatuimpian
#novelplus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience