Dengan hati yang berat, Ardilla memandang tabung kecil yang dia simpan di sudut biliknya.
Fikirannya melayang pada buku yang temuinya tadi. Rupanya berat beban hutang yang ibunya tanggung selama ini.
Dengan perasaan yang penuh bimbang, Ardilla mula membuka tabungnya dan mengeluarkan seberapa banyak syiling yang dia ada.
Di atas tilam lebih perlahan dan kedap bunyi. Tidaklah nanti bising.
Sebaris demi sebaris duit syiling disusun mengikut jumlah yang sama. Dengan duit itu nanti dapatlah dia membantu ibu membayar hutang walaupun sedikit.
Walaupun jumlahnya tidak seberapa, yang pasti dia cuba mengurangkan beban hutang ibunya.
Selama ini ibu bekerja keras untuk mereka berdua.
dan ibu tidak pernah mengeluh untuk membuat hidup mereka senang walaupun cukup dengan apa yang ada. Dia merasa begitu simpati untuk membantu ibunya.
"Ibu..."
"Eh? Ila tak tidur lagi?"
"Belum. Mata ni susah nak lelap. Asyik teringat ibu aje... dari tadi."
"Kenapa? Ada-ada jelah Ila ni. Sini, duduk dekat ibu. Kita tengok cerita ni. Best juga jalan ceritanya."
"Ila...Ila...nak bagi ibu sesuatu."
Terus tegak tubuh Megawati dari bersandar apabila perasan kedua-dua tangan si anak berada dibelakang badan.
"Ila nak suprise ibu ya? Ni mesti keputusan peperiksaan dah keluar." teka Megawati.
Ardilla pelajar cemerlang dan pernah diiktiraf terbaik sebelum ini. Jadi tidak hairanlah jika setiap keputusan yang dibawa pulang si anak tidak pernah menghampakan dia sebagai seorang ibu. Dan kerana itulah Megawati tersenyum.
Tangannya di depa ke depan menanti kertas keputusan peperiksaan si anak.
Sebalinya tangannya tiba-tiba terasa berat. Megawati cepat-cepat membuka mata. Dia tercengang melihat plastik berisi banyak duit syilng dan beberapa keping wang kertas turut ada didalamnya.
"Apa ni?"
"Ibu ambillah duit ni untuk bayar hutang kat kedai pak cik Hamid. Ila ikhlas nak bantu ibu."
Megawati mengeluh. Dia letaknya uncang duit itu ke atas meja berdekatan.
"Ibu tak nak duit ni. Ibu tak boleh terima."
"Tak apa, ibu ambil je."
"Tak boleh Ila. Itu duit simpanan Ila. Ibu masih ada duit lagi. Pergi simpan balik."
"Kalau betul ibu ada duit, kenapa ibu berhutang dekat kedai pak cik Hamid tu? Ibu tak payah nak bohong Ila. Banyak bu, hutang tu bukan sikit. Ila tak nak ibu susah."
"Ila jangan fikir soal itu. Biar ibu yang selsaikan."
"Tapi bu...."
"Dah!"
Ardilla tersentak saat mendengar nada suaranya ibunya meninggi tiba-tiba. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi
Niatnya hanya untuk membantu agar ibu tidak merasa terbeban dengan hutang tersebut. Tetapi reaksi ibu membuatnya merasa terluka.
Dengan hati yang berat, Ardilla mengambil kembali duitnya dan masuk ke biliknya. Dia merasa sedih dan kecewa, tidak hanya kerana ibu menolak bantuannya, tetapi ibu sanggup bersusah sendiri demi dia sebagai anak.
Ardilla mencapai diarinya disisi katil. Dibahagian muka surat pertama terdapat gambar ibunya dan dia.
Disentuhnya perlahan. Hatinya meruntun sedih sendiri.
Dia berharap suatu hari nanti, dia mampu menjadi anak yang membanggakan buat ibunya.
Makanya, dia harus mendapatkan keputusan yang terbaik dalam cemerlang dalam peperiksaannya nanti. Inilah yang akan mengubah nasibnya dan ibu nanti.
Ketika ini Ardilla hanya mampu merajuk dibiliknya dan berdoa agar ibunya bertahan dengan keadaan hidup mereka sekarang.
Setelah beberapa minit berlalu, Megawati menjadi tidak tenang mengenangkan layanannya pada Ardilla tadi.
Hatinya merasa bersalah. Dia tahu, anaknya cuba membantu. Tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu Ardilla bersusah memikirkan soal kewangan mereka. Itu sudah menjadi tanggungjawabnya.
Dengan langkah perlahan, Megawati berlalu ke bilik Ardilla untuk menjenguk keadaan anaknya.
Ternyata anaknya ketika itu sudah pun terlena diatas tilam. Megawati pilu sendiri melihatkan keadaan anaknya itu.
Air mata dengan laju menitis ke wajah suci si anak. Ardilla terpisat-pisat membuka mata apabila terasa ada air menitik diwajahnya.
"Ibu?"
Megawati terus memeluk tubuh si anak dengan kejap.
"Maafkan ibu, sayang. Ibu tak ada niat nak marah Ila tadi." ucap Megawati dengan suara yang lembut, sehabis daya dia cuba menahan tangisnya.
"Ibu tahu ibu berkeras dengan Ila tadi. Tapi, itu tak bermaksud ibu nak buat Ila sedih. Ibu sayang Ila. Maafkan ibu ya."
Ardilla sebak sekali gus. Tubir matanya ikut bergenang mendengar kata maaf daripada ibu sendiri.
"Tak apa, bu. Ila faham apa yang ibu fikir. Ibu tak nak Ila susahkan. Ibu jangan sedih ya. Ila pun minta maaf, sebab tak tanya ibu dulu sebelum nak bagi duit tu."
Mendengar kata-kata penuh pengertian daripada Ardilla, Megawati merasa lega.
Perlahan-lahan tubuh itu dilepaskan dari pelukan.
"Ibu tak ada niat nak buat Ila susah hati. Cuma, ibu tak nak Ila terbeban fikir soal hutang tu. Ibu masih mampu bekerja dan tanggung hidup kita berdua. Susah macam mana sekali pun, Ila jangan beri ibu duit simpanan Ila tu. Biar ibu usaha cari duit yang lain ya."
Ardilla mengangguk. Mereka berpelukan erat, saling memaafkan dan berjanji untuk tetap bersama dalam menghadapi setiap masalah yang datang.
Megawati merasa terharu. Dia berjanji pada dirinya untuk menjadi ibu yang tabah dan kuat untuk satu-satu anaknya ini.
#ciciaida
#author
#ternoktahsatuimpian
#novelplus
Share this novel