Chapter 4

Romance Series 1900

Balik saja dari ladang, Megawati berniat untuk singgah ke kedai Hamid mendapatkan barang dapur.

Tetapi apabila melihat kembali buku 555 yang baru saja dikeluarkan dari poket bajunya, terus niatnya dibatalkan.

Angka yang tertera di dalamnya membuatnya dia merasa terbeban. Hampir RM300, jumlah hutangnya dengan Hamid. Bulan lalu, dia tidak mampu membayar sedikit pun, dan jika dia mengambil barang-barang lagi dari kedai Hamid bulan ini, pasti hutangnya akan bertambah. Hatinya dijerut rasa risau.

Dia merasa seperti terperangkap dalam lingkaran hutang yang tidak berhujung. Meskipun bekerja keras setiap hari, pendapatan yang dia dapatkan tidak cukup untuk mengatasi hutangnya.

Dengan hati yang berdebar-debar Megawati melangkah masuk ke kedai Hamid. Dia tahu, dia harus berhadapan dengan kenyataan tentang hutangnya walaupun terasa berat. Perlahan dia mendekati Hamid yang sedang sibuk mengatur barang-barang di rak.

"Hm? Kali ni berapa banyak lagi kau nak tambah hutang? Yang lama tu bila nak kau bayar?" sindir Hamid tanpa menoleh ke arah Megawati.
Suaranya terdengar sedikit kasar. Mata itu ikut menjeling sama. Seawal wanita itu masuk dia sudah nampak dihujung jalan tadi. Terhincut-hincut dilihatnya Megawati berjalan ke arah kedainya sambil menolak basikal.

"Err.... sebenarnya saya...."

"Kau dengar sini ya, kedai aku ni kalau ada sepuluh orang macam kau memang dah lama melingkup. Tapi sebab aku ni kesiankan kau, aku bagilah berhutang. Ingatkan dapatlah membantu. Rupanya aku pula yang jadi susah sekarang ni."

"Maaf ya, Hamid. Mega tak ada niat pun nak lari daripada bayar hutang. Bulan lepas gaji Mega kena potong sebab Mega ambil advance untuk bayar yuran sekolah anak. Belanja kami pun tinggal sedikit je. Sebab tulah Mega tak dapat bayar. Bulan ni InshaAllah Mega janji akan bayar separuh dulu ya. Mega minta Hamid bagi masa pada Mega ya."

Hamid menghela nafas dalam-dalam sejenak sebelum akhirnya menjawab dengan nada sedikit lembut.

"Baik. Kalau itu kata kau, aku bagi masa. Aku percayakan kau. Tapi aku nak kau buktikan kau boleh bayar hutang-hutang lama tu. Aku tunggu sampai hujung bulan ni. Jangan kau nak mengelat lagi, faham."

Megawati merasa lega mendengar kata-kata Hamid, meskipun dia tahu dia ada tanggungjawab yang besar untuk memenuhi janjinya. Perlahan langkahnya dibawa keluar dari kedai itu.

Namun, sebelum Megawati hampir meninggalkan kedai itu, Hamid bersuara kembali.

"Satu perkara lagi aku nak bagitahu." ujar Hamid dengan suara yang dingin.

Megawati berdebar menunggu kata-kata seterusnya.

"Kalau kau tak dapat bayar hutang-hutang lama tu, aku akan ambil brang-barang kat rumah kau sebagai ganti."

Megawati terdiam, terkejut dengan ancaman Hamid. Hatinya berdegup kencang, merasa tersepit di antara hutang yang semakin banyak dan ancaman yang mencekam daripada Hamid. Dia sedar yang situasinya semakin rumit. Dia harus segera ikhtiar mencari duit sebelum masalah lain pula timbul.

"Ibu pergi mana? Lama Ila tunggu kat rumah."

"Rantai basikal ibu putus. Itu yang ibu lambat. Kenapa tak salin baju lagi ni?"

"Ila lapar. Tadi kat sekolah habis bekal Ila makan. Ingat balik ni adalah makanan. Rupanya kat atas meja tu kosong. Ibu tak ada beli apa-apa ke?"

Sayu hati Megawati mendengarnya. Dia merasa terhimpit di antara tekanan ekonomi yang semakin besar dan tanggungjawab sebagai ibu tunggal. Singgah dikedai Hamid tadi tiada apa-apa yang mampu dibeli. Hanya menadah telinga mendengar amaran daripada Hamid semata-mata membuat dia semakin terjerut memikirkan soal hutangnya.

"Ibu tak singgah kedai tadi. Tak sempat. Nak cepat sampai rumah."

"Habis, Ila nak makan apa, bu?"
"Ila pergi mandi dulu ya. Ibu masak kejap."

Dengan berat hati, Megawati cuba menyembunyikan riak risaunya daripada pandangan si anak. Dia mahu anaknya berasa tenang dan tidak terbeban dengan masalah yang dihadapi. Ardilla masih mentah untuk cuba memahami.

Masuk ke dapur, Megawati cepat-cepat mencapai periuk untuk memasak nasi. Namun, apabila melihat baki beras didalam tong, hatinya terasa sebak sendiri. Hanya tinggal sesukat beras sahaja untuk dia memasak malam itu. Manakala tiga biji telur, sedikit ikan bilis dan kicap itu baki bahan mentah yang masih ada. Dengan apa yang ada, dia harus menciptakan sesuatu dari sedikit bahan yang berbaki itu.

Meskipun terasa putus asa, Megawati cuba bersabar untuk menjaga semangat dan rasa tenangnya demi si anak.

Ardilla yang baru saja selesai mandi, terus saja bertandang ke dapur. Aroma makanan yang berada didalam tudung saji benar-benar memanggil perutnya yang sedang lapar. Akan tetapi apabila melihat ibunya duduk termenung diruang tamu rumah, hatinya terpanggil untuk menegur.

"Ibu tak mandi lagi ke? Ila dah lapar nak makan sama-sama dengan ibu."

"Makanlah dulu. Ibu kenyang lagi."

"Owh patutlah. Ni mesti mak cik Maznah belanja ibu makan mee karikan? Sebab tulah ibu kenyang."
Megawati tersenyum pahit. Seolah mengiyakan.

"Ibu tak mandi lagi ke? Ila dah lapar nak makan sama-sama dengan ibu."

Megawati tersentak ketika Ardilla menyapanya dengan suara lembut, mengingatkannya akan waktu makan. Telatah si anak seperti biasa akan merapatinya dan memeluk tubuhnya untuk bermanja-manja.

"Makanlah dulu. Ibu kenyang lagi."
Bungkam Adilla memandang wajah ibunya. Hujung hidung itu sempat dicuit sekali.

"Owh, ni mesti mak cik Maznah belanja ibu makan mee kari tadikan? Sebab tulah ibu kenyangkan."

Dengan senyum pahit, Megawati cuba menyembunyikan riak wajah kecewanya.

Dia tidak mahu Ardilla merasa pelik dan risau tentang keadaannya. Seolah mengiyakan tebakan Ardilla, dia hanya mampu mengangguk perlahan. Makan tengahari saja yang menahan perutnya dari lapar sehingga sekarang. Cukuplah hanya dia saja yang tahu.

"Ibu ni berpeluh. Jangan nak peluk-peluk sangat. Nanti karang melekat kat baju tu, dah kena tukar baju lain pula."

"Busuk-busuk pun Ila sayang juga. Ibukan bantal busuk Ila."

"Hm...yelah tu. Dah bangun. Ibu nak pergi mandi. Ila makan dulu ya. Tak payah tunggu ibu. Nanti perut tu masuk angin pula."

Ardilla melonjak bangun apabila disuruh.

"Ibu nak air apa? Ila buatkan. Teh O panas Ila buat sedap tau. Siapa tak nak dia rugi."

Megawati tersenyum.

"Buatlah. Nanti ibu minum. Ibu pergi mandi dulu ya."

"Baik bos!" bertabik gaya askar Ardilla menerima arahan daripada ibunya.

Melihat si ibu berlalu ke bilik mandi, Ardiila segera menutup kembali pintu utama rumahnya. Disaat itu kakinya tersepak sesuatu di lantai.

Cepat dia mengambil dan melihat apa isi kandungan buku kecil tersebut. Tertera jelas perkataan "buku hutang" di muka surat pertama buku tersebut, Ardilla tiba-tiba saja berdebar.

Saat dia melihat satu per satu jumlah yang tertera di dalamnya, dia cuba memahami setiap angka yang tertulis. Ardilla menyedari bahawa ini adalah catatan hutang ibunya dengan kedai runcit pak cik Hamid.

Baru dia faham, maksudnya selama ini ibu mendapatkan barang-barang di kedai pak cik Hamid dengan berhutang.

"Ila!"

Ardilla gelabah mendengar suara namanya dijeritkan. Terus buku tersebut ditutup daripada terus melihat.

'Ya, bu."

"Tolong ambilkan tuala ibu di kerusi tu. Ibu terlupa nak ambil tadi."

Lega Ardilla apabila itu yang dipinta ibunya dengan suara yang sedikit ketawa. Tanpa menunggu cepat-cepat dia bertindak dengan arahan tersebut.

#authorciciaida #lovers #penulisnovel #pelajaran #ilmu #sederhana #bahagia #ternoktahsatuimpian #novelist #ciciaida #Bestseller #novelmelayu #masadepan #pengajaran #kasihsayang #tandasayang ini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience