Langit luar jendela kamar Syarhan masih gelap. Bunyi jam berdetik seolah-olah mengejek sunyi dalam hatinya. Di atas sejadah, tubuhnya bersimpuh, kening menyentuh bumi. Air mata menitis tanpa suara.
"Ya Allah... hanya Engkau tahu apa yang terbuku dalam dada ini..."
Tangisnya pecah perlahan, disekat suara. Dia mengadu satu persatu—tentang kehilangan, fitnah, cinta tak berbalas, dan kerinduan pada arwah sahabatnya.
"Kalau aku tak kuat, jangan Kau biar aku rebah tanpa hidayah-Mu..."
Sujudnya panjang. Malam itu, dia hanya mahu didengar oleh Tuhan.
Syarhan masih dalam sujud panjang. Bantal basah dengan air mata. Saat dia duduk bertafakur, menyeka wajah dengan tuala kecil, tiba-tiba terdengar bunyi pintu bilik diketuk perlahan.
Hansyar, rakan yang menemaninya dari Malaysia ke Singapura, berdiri di ambang pintu dengan wajah simpati. "Aku nampak kau... sejak semalam. Aku tak sangka Torque dan Achik buat kau macam tu."
Syarhan tunduk, senyum kelat. "Aku pun tak sangka, Hansyar. Tapi aku percaya... Allah tak tidur."
Hansyar duduk di tepi katil. Mereka diam, tapi jiwa mereka berbicara.
Share this novel