Series
3067
Inara berjalan menuju kearah rumah yang pernah menjadi mimpi indahnya dahulu. Langkahnya berat. Inara menutup matanya perlahan , tangannya kuat menggengam talian begnya.
'Untuk mama Nara , bukan untuk dorang'
Jalan masuk ke rumah , dia melihat ramai orang membuatkan Inara berasa asing. Inara melihat sekeliling seolah-olah dinding dan lantai menentang kehadirannya.
Dengan langkah perlahan dia melangkah masuk ke ruang tamu. Di ruang tamu , pandangannya bertemu dengan ayah dan isteri barunya. Dia mengabaikannya dan duduk di kerusi yang disediakan
Tok imam yang baru sampai mula duduk dan memulakan majkis yersebut. Inara memilih duduk di hujung penjuru jauh dari ayah dan isteri barunya. Bau masakan lama dan suara orang membaca doa menembusi setiap serat tubuhnya, mengingatkan dia pada masa yang telah hilang.
Daniel berdiri di sisinya, menunduk, menahan rasa cemas.
“Nara .." bisiknya lembut
, “Terima kasih sebab datang.”
“Aku datang sebab mama,” jawab Inara, suaranya dingin tetapi lembut.
Daniel mengangguk perlahan.
“Aku tahu,” katanya, matanya bersinar sedikit risau.
Di atas meja, tasbih mama tergantung di tangan isteri ayahnya. Inara menatapnya, dada berombak, tangan menggenggam kain kerusi.
'Dia ambil semuanya' hatinya berbisik
tapi suaranya terlalu kecil untuk didengar sesiapa.
Selepas tamat pembacaan tahlil , Inara terus meluru untuk pergi dari situ namun suara bisiskan halus Bella menghentikan langkahnya .
'Biar aku yang cakap '
Inara memegang kepalanya yang sakit seketika raut wajahnya berubah , wajahnya lebih dingin dam suram.
"Siapa yang cadangkan majlis ni?” Nada suaranya lembut, tetapi setiap kata menusuk.
Ruang tamu senyap. Ayah menunduk, cuba mengawal nada suaranya.
“Papa cuma nak—”
“Tenangkan diri?” Inara menyampuk, senyuman nipis terukir di bibirnya.
“Atau tenangkan rasa bersalah?”
Bella bercakap melalui Inara, halus tapi menusuk, meninggalkan udara tegang di sekeliling.
********
Bella berdiri dihadapan mereka
"Kau nak tagih simpati ke ? nak tunjuk yang kau suami misali ? tak penat ke jadi hipokrit ? "
Nada Inara berubah-ubah. Suasana semakin tegang apabila Daniel berdiri untuk menenangkan suasana.
"enough Nara , respect majlis ni "
"respect ? masa mama aku mati pun korang tak pernah respect ! "
"INara Arbella ! adab kamu! aku masih bapa kau Inara !"
"Bapa ? Bapa aku dah mati! kau sendiri tak mampu nak jaga keluarga kau tapi terhegeh nak jaga keluarga orang lain ! kau tak layak jadi bapa aku! kau hidup pun menumpang harta mama aku tapi sibuk nak ada bini baru ! "
Emosinya semakin menjadi-jadi.
"dan kau.."
Pandangannya berubah menjadi lebih tajam memandang kearah isteri ayahnya.
"Apa yang kurang ? mama aku anggap kau macam adik dia sendiri ! tapi ini kau balas ! kau tak layak !"
Pandangannya mula agak kabur , sebelum berbalik dia berpesan
"aku akan balas balik apa yang korang buat "
Dia berlalu pergi , keadaan menjadi canggung dan hening , para tetamu masih memproses apa yang sedang berlaku.
BERSAMBUNG....
Share this novel