CHAPTER 2

Drama Series 2939

"NARA!! INARA!! TUNGGU!!" Inara memcepatkan lagi langkah. Jejaka yang dibelakangnya menarik lengan Inara agar berhenti.

"LEPASLAH! Kau siapa?!"

"Aku Daniel"

Inara memandangnya datar lalu dia tertawa sinis.

"Oh kau nie anak perampas tu lah ? Hmm not bad tapi sayang mama kau perempuan murah!" Inara tertawa sinis dan melanjutkan langkahnya.

"Kau tak boleh terima takdir ke ? terima keadaan ? terima keadaan dan biarkan mama kau pergi dengan tenang!" Daniel tiba tiba meninggikan suaranya. Inara menghentikan langkah dan bergerak rapat kearah daniel. Hanya seinci sahaja jarak mereka.

"If you don't know anything don't act like you know everything! better kau diam dan nikmati sisa hidup kau dengan mama kau tu sebelum aku rampas kebahagian kau yang sekarang !" Datar serta dingin nada suara Inara. Daniel menatap mata Inara. Dia melihat api membara di situ.

Inara menjarakkan badannya dari Daniel. Sebelum berlalu dia berpesan kepada Daniel.

"Oh ya , bagitahu orang tua tu takyah susah susah hantar kau untuk pujuk aku . Dan kau jangan pernah mimpi nak jadi abang aku ingat status kau!" Inara terus meninggalkan Daniel yang termangu di sini.

"Dingin nya dia tapi kenapa ? "

***********
Inara melemparkan semua benda yang ada dihadapanya. Dia menatap cermin yang retak disebelahnya.

"Bella tolong aku"

'Aku akan tolong kau'

Inara memejamkan mata lalu membukanya kembali. Dia tersenyum sinis menatap cermin retak disebelahnya.

"Aku akan ringinkan beban kau Nara , sedikit demi sedikit HAHAHAHHA!!" Dia tertawa sinis malah sangat mengerikan jika sesiapa yang mendengarnya. Dari luar bilik sahabatnya , Mira mendengarkan apa yang dikatakan tadi.

"Nara dah gila ke ? Tapi tak mungkin "

TOK! TOK! TOK!

Dia mengetuk pintu bilik Inara. Dia membuka pintu itu dengan perlahan.

"Nara , makan jom kau sehar--"

"Siapa benarkan kau masuk?"

"Hah?"

"SIAPA BENARKAN KAU MASUK BILIK NIE ?! " Inara menengking kuat. Mira terkejut sehingga dulang makanan ditangannya terjatuh.

"Ma-af"

"Aku tak suka orang luar macam kau buat rumah nie macam rumah sendiri , aku sangat pantang!" Dia menekan ayatnya.

"Tapi ka--"

"Oh! Kalau Nara yes dia suka tapi aku"

Dia berjalan mendekati Mira yang memandang lantai. Dia mengangkat dan mencengkam kuat pipi Mira lalu memdekatkan bibirnya kearah telinga Mira.

"Tak suka sebab aku bukan Inara tapi Bella"

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience