PROLOG

Drama Series 2818

Semua barang dihadapannya di lempas mengenai sang ayah. Jelas menunjukkan dia kecewa. Wanita di sebelah ayahnya di pandang sini. Ramai tetamu menatap mereka dengan pandangan hairan.

"Sebab dia ayah takde ? "

"Sebab dia ayah tinggalkan mama?"

"HAHAHAHA! Apa yang dia ada ? Apa yang dia buat sampai ayah tinggalkan mama!" Kaca dihadapan gadis itu diangkat ingin membaling kearah wanita itu serta merta sang ayah menghalang.

"Jangan Nara! tolong jangan sakitkan dia ! "

Inara tertawa. Sangat hambar malah sangat pedih.

"Wow! ayah lebih sayang dia berbanding mama? Mama dah takde yah ! Dah takde! Nara ingat ayah tak datang hari nie sebab sedih tapi tak! ayah boleh nikah dengan dia pada saat mama dikebumikan! How dare you!" Lantang suara Inara bertutur.

"INARA AR'BELLA!!"

"WHAT!"

Sang ayah menghela nafas perlahan. Langkah nya menuju kearah sang anak.

"Terima perkahwinan nie Nara , ayah yakin Nara akan bahagia dan akan biasa dengan semua nie " Tanpa perasaan sang ayah menuturkan itu.

"I can't believe this ! baiklah , kau nak perempuan murah nie ? fine tapi ingat INARA AR'BELLA BINTI TAN SRI MUZAMIR dah mati ! kita takkan jumpa dan jangan pernah lalu depan mata aku kalau taknak kau dan kau mati! " Sejurus itu Inara pergi dari situ tidak peduli dengan pandang tajam sang ayah.

"Nara!! Nara!! Inara!! " Sang ayah dengus marah. Wanita sebelahnya mengelus perlahan lengan si suami.

"Jangan paksa dia "

**********
Streng kereta dipegang erat. Dia marah , sedih , kecewa serta dendam! Dia menghentikan kereta dibahu jalan.

"Mama! Kenapa pergi cepat sangat! Nara dah takde siapa siapa dah! Nara nak ikut mama!" Dia menangis memeluk lututnya.

'kau ada aku Nara'

Inara mengangkat wajahnya. Dia seperti mendengar suara seseorang namun hanya dirinya disitu.

'Aku Bella '

Inara mengelengkan kepalanya berkali kali . Perkataan tersebut terngiang ngiang di kepalanya.

"Siapa Bella? "

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience