CHAPTER 3

Drama Series 2939

Mira memandang wajah datar Bella. Dia mengangguk faham dengan apa yang Bella katakan.

"Kau faham kan ? Dah berambus !" Bella menolak kasar tubuh Mira di luar pintu.

"Tap--tapi mana Nara ? " Dia bertanya takut

Bella tertawa sinis.

"Dia ada cuma kau takkan nampak dia dan maybe akan hilang. HAHAHAHAHA" Serentak Bella menutup kuat pintu tersebut. Bahu Mira terhenjut kerana terkejut.

"Nara ada dua ? Dia sakit ke ? Tak ! Dia tak pernah cerita pun pasal Bella nie atau " Mata Mira membulat besar dan bergegas berlari ke bilik mengambil beg tangannya dan masuk ke kereta.

"Tak mungkin lah ! Aku kena jumpa Akmal! " Dia menyalakan enjin kereta dan pergi meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

Dari kaca jendela Bella tersenyum sinis. Dia tahu apa yang di fikirkan itu. Dia duduk menyandar ke sofa.

"Little girl , kau takkan dapat tolong Nara ! HAHAHAHAHA sebab apa ? Sebab aku akan buat dia hilang dari dunia nie! ASAP!" Asap rokok mula memenuhi ruang itu.

'Kau rehat Inara , aku akan buat kau selesa dengan keadaan macam nie' Warna mata hitamnya melihat cermin dihadapan yang dapat memantul diri Inara. Dia tersenyum sinis.

************
Mira berlari laju ke ruang bilik yang menempatkan rakannya yang bernama Akmal. Akmal yang sedang minum itu tersentak dengan jerkahannya.

"AKMALL!! TOLONG AKU CEPAT! KAU KENA TOLONG !"

"Uhuk uhuk!! Salamlah dulu kak oii kalau aku mati nanti menangis tak sudah kau!"

"Nara kalau mati lagi menangis aku , kau kena tolong !" Dengan nada yang tercungap cungap Mira bertutur.

"Nara ? Kenapa lagi dengan dia ? Ka---"

"Nara ada dua!! Dia kata nak ringankan beban Nara pastu nak bagi Nara rehat then --- kejap ak semput !" Botol air dihadapanya diminum rakus.

"Cuba kau duduk then cerita perlahan lahan kau rap macam nie cicak pun tak faham" Mira duduk dihadapanya Akmal lalu menceritakan kejadian tadi. Akmal terdiam dan menyandar badan ke kerusi.

"Dari apa yang cerita nie aku rasa dia menghidap Dissociative Indentity Disorder atau lebih senang DID"

"huh ?"

"Okey macam nie , individu tu dia mempunyai lebih dari satu indentity atau personality. Macam Inara kita kenal dia dan kita kenal siapa Bella. Sifat mereka berdua kemungkinan besar akan ada banyak perbezaan"

"Nara pernah mengadu apa apa ?

"Ada , bulan lepas then dia macam pelik tahu "

Akmal memetik jariny dihadapanya Mira.

"Itu salah satu gejala gejalanya tapi aku tak pelik kalau dia hidap penyakit nie sebab kau tengok pun dah tahu "

Mira meraup rambutnya kebelakang. Dia memandang wajah tenang Akmal di hadapanya. Akmal memberikan sebotol ubat di tangan Mira.

"Nie ubat sementara yang dapat mengawal dari Bella terus menerus , tapi jangan sampai budak tu tahu" Mira mengangguk laju.

"Tapi kenapa dia nak lenyapkan Nara ehh? " Soalan Mira membuatkan Akmal tersenyum.

"Dia taknak kongsi jasad dengan Inara" Mira terkedu.

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience