CHAPTER 4

Drama Series 2939

Mira meletakkan air yang dibuatnya didalam bilik Bella. Dia melihat sekeliling. Bella telah merubah semua perabot serta barang milik Inara. Bunyi pintu bilik air dibuka mematikan lamunannya.

"Bella , nie saya ada buat tea untuk awak " Ujarnya lembut.

"Hmm" Bella terus pergi ke bilik persalinan. Sebelum pergi dia pergi sempat dia mengarahkan Mira untuk keluar.

"Saya keluar dulu"

Mira melangkah keluar dan menutup pintu bilik tersebut apabila berada di luar bilik. Dia menghembus nafas dan memejamkan mata dengan erat.

'Nara , aku harap kau dapat keluar'

Dia membuka dan melangkah pergi dari situ. Tidak mahu menimbulkan rasa curiga Bella terhadapnya.

DALAM BILIK BELLA

Dia mengambil air yang dibuat Mira itu dan meminumnya tanpa ragu ragu. Dia memegang kepalanya yang tiba tiba terasa sakit. Dia mengerang kuat. Cermin dihadapannya memantulkan warna mata hazel. Bella mendengus geram.

'Tak guna kau Mira !'

"Ehh? " Inara melihat sekeliling. Dia mengerut dahi melihat keadaan biliknya yang agak sikit berbeza dengan sebelumnya. Pintu biliknya di buka dari luar. Kelihatan Mira memandangnya dengan pandamgan yang agak pelik.

"Mir---"

Ayat Inara terhenti apabila Mira memeluknya mendadak. Dia mengerut dahi.

"Woi ! Kau kenapa ? demam ? peluk orang macam tak pernah jumpa "

"Naraa! Aku rindu kau!" Mira kembali memeluk Inara. Inara rimas diperlakukan sebegitu menolak tubuh Mira berlahan menjauh darinya.

"Nie aku nak tanya , kau ke yang tukar bilik aku ? asal macam takde warna kehidupan nie " Inara berkata sambil melihat sekeliling.

"Jawablah Mir---Arghh!! Woii kau nak pergi mana nie ?" Inara menjerit kecil apabila Mira menariknya secara mengejut.

"Ikut aku Nara! Aku ada hal mustahak dengan kau!" Mira menolak tubuh Inara masuk kedalam kereta. Kereta tersebut mula meninggalkan perkarangan rumah.

*********
"Kau dah kenapa bawa aku jumpa Akmal ? kau sakit ? "

" kau yang sakit "

Inara mengerut dahi. Tangan Mira ditarik perlahan.

"Aku sihatlah , celah mananya aku sakit ?"

Mira tertawa sinis.

"Bella"

Satu perkataan membuat mata Inara sedikit membesar. Tatapannya juga berunbah menjadi datar serta dingin.

"Kau jumpa Bella ? Kenapa ? "

"Kenapa kau tanya ? Kenapa kau biarkan Bella guna badan kau Nara ?

"Dia nak tolong aku ! salah ? "

Mira meraup rambutnya kebelakang.

"Dia bukan tolong kau Nara ! Dia nak hapuskan kau! "

"W-what ?

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience