CHAPTER 5

Drama Series 2903

"W-what ? "

"Nara , ikut aku jumpa Akmal kita bincang " Ajaknya lembut. Inara mengangguk perlahan. Langkah mereka mula menuju ke ruangan Akmal. Pintu dibuka perlahan.

"Sampai pun , dah meh duduk " Inara dan Mira duduk perlahan berhadapan dengan Akmal.

"So , nak explain ? "

Akmal tertawa sinis. Dia memandang Inara sekilas sebelum membuka laci dihadapannya dan mengeluarkan file lalu di letakkan dihadapan Inara.

"Kau lagi kenal Bella dari kami Nara , kau nak kami explain apa lagi ? Kau dah lama tahu dia ada dalam badan kau kan , i guest since kau kecik ?" Tebaknya

Mata Inara sedikit membasar malah dia cuba mengawal riak wajahnya.

"Maksud kau ?"

Akmal tertawa sinis lalu menyandarkan diri di kerusi miliknya.

"Tak penat pura pura bodoh ? sudah sudah lah tu Nara dengan adanya Bella pun tak mampu hidupkan mama kau , terima keyataan yang ada sekarang , kau terus berdendam dengan ayah kau sendiri tak mendapatkan hasil "

Inara mengengam kedua tangannya. Dia memandang Akmal dengan tajam. Dia cuba mengawal reaksinya. Akmal hanya melihat kearah Inara yang agak gelisah itu.

"Tak payah pura pura lagi Bella , aku tahu kau tak minum pun ubat tu" Mata Mira terbuntang. Pantas dia mencari sosok tubuh Inara.

"HAHAHAHAHA , bijak rupanya kau nie " Bella memandang Akmal yang tenang sahaja memandangnya atas hingga bawah.

"Apa niat kau ? kau nak Inara hanyut dalam dendam kolot kau ke ? jangan cuba kawal pemikiran dia Bella " Keras suara Akmal menuturkan kata.

"Hmm aku nak selamat dia je , dia minta aku tolong dia " Riak wajah sedih ditayangkan. Wajah tenang Akmal sedikit mengerunkan nya.

"Tolong ? Kau bukan tolong dia , kau memperbanyakkan masalah dia " Akmal berdiri dan berjalan mendekati Bella yang santai duduk dihadapanya.

"Kenapa kau buat macam nie ? apa salah Nara pada kau ? "

Bella berpeluh tubuh dan memandang tajam kearah Akmal.

"Dia lemah ! Dia cuma tahu nangis dan nangis tiap hari ! Aku rimas " riak wajah menyampah ditayangkan.

"Jangan tipu Bella , Kau benci Nara bukan sebab tu kan ? Sebab kau cemburu kan ? " Tebaknya.

Mata Bella sedikit membesar lalu dia mencari sosok tubuh Akmal yang tenang memandangnya.

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience