Bab 6

Romance Series 6646

Akhirnya miya balik ke rumahnya and akan duduk sana selama seminggu.Nura tersenyum lebar sambil menutup pintu pagar.

" Amboi! teruja ya amat! kau suka kan yaya tak ada dekat rumah?Kenapa tak beritahu aku? " Hayla bercekak pinggang merenung nura dengan tajam.

"Eh! mana ada, aku gembira sebab tunang aku ajak aku keluar! Kebetulan okey! " Ujar nura sambil ketawa kecil.

Hayla mencebik sebelum berpeluk tubuh sambil merenung nura atas bawah. " Tak caya aku! ingat aku baru kenal kau sehari dua? Dah 7 tahun kita kenal okey! "

" yelah... dari mula duduk satu homestay sekarang duduk satu rumah! Tak pa nanti aku beritahu kau . Bye!! " Nura mengorak langkah pergi dari situ takut hayla tanya lebih banyak, nak kelentong apa lagi?

Hayla menatap nura dengan tajam sambil mengetap bibir." Dia ingat aku tak tahu la tu, dia lari dari soalan aku! RARA!!!" Dia turut mengikuti langkah nura setelah menjerit kuat memanggil nura.

Hayla menatap lelaki yang berada di depan itu dengan fikiran yang berceramuk.Dia menunduk kepala sambil mengusap- usap jemarinya.

" Kau nak pura ii tak kenal aku?! "

" Saya memang tak kenal awak! saya cuma tumpangkan je.... Kita tak kenal satu sama lain kan?! "Hayla merenung lelaki di depannya dengan tajam.' bila masa aku kenal dia?! '

Lelaki tersenyum sinis sebelum ketawa kecil.Dia menatap mata hayla membalas pandangan tajam hayla.

Hayla dengan pantas melarikan pandangan dari menatap mata lelaki itu." Saya pergi dulu! "
Dia mengorak langkah mahu berlalu tetapi lengan dia di cengkam erat." auch! "

Lelaki itu melepaskan lengan hayla lalu tersenyum sinis." Padan muka kau ! aku tengah
dengan kau kan? "

" Saya tak nak cakap dengan awak! tak ada faedah tahu tak? "Hayla mendengus perlahan sambil mengusap lengannya yang sakit di cengkam oleh lelaki di depan dia tadi.

Lelaki itu mendengus kasar merenung hayla dengan tajam sebelum menarik lengan hayla dengan kasar mengikuti langkahnya.

" Hey lepas la! " Hayla menampar- nampar bahu lelaki itu berkali- kali.Dia cuba melepaskan lengan dia dari cengkaman tangan lelaki itu.

" Baik kau ikut je aku! sebelum aku bunuh kau dekat sini!" Bisik lelaki itu lalu mendengus kasar sambil mengerling hayla yang memberontak itu.Dia memberhentikan langkah merenung hayla.

Hayla terdiam mengetap bibir sebelum menunduk muka dari di tatap oleh lelaki itu.Dia melepaskan keluhan perlahan sebelum mengangkat muka menatap lelaki itu." Awak nak bawa saya pergi mana ?! " soalnya serius.

" Kau ni, aku kata ikut.Ikut je lah! banyak soal pulak. " Lelaki itu mengorak langkah menarik tangan hayla semula.

Hayla mencebik sambil mengikuti langkah lelaki itu walaupun sebenarnya dia nak tepis dan lari.Dia ingat balik 2 hari lalu apa yang dia nampak terselit dekat kot lelaki itu. Ngeri ingat balik!

Nura bercekak pinggang merenung hayla dengan tajam. " pukul 2 petang baru kau balik pergi mana? kata nak makan tengah hari sekali!"

Hayla menghempas punggung di atas sofa sebelum berpeluk tubuh." Aku dah makan tadi ! sorry la..."

" Aik.... pelik je ayat kau dengan muka masam mencuka macam ni.Betul ke? " Nura mengangkat kening selah merenung nura.

Hayla akhirnya menceritakan semuannya...........

Hi korang! thanks untuk yang follow aku!!!

Aku akan update slow.....

Harap maklum!??????

hai........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience