BAB 1

Humor Completed 1525

DIPERTEMUKAN dengan lelaki yang telah mencuri hatinya itu ketika Dhia mengikuti satu Program orentasi untuk pelajar-pelajar baru. Kiranya cinta pandang pertama.

Wajah lelaki itu yang comel dan mestilah kacak telah mencairkan hatinya. Ini bukan kata-kata kosong tetapi itulah hakikatnya.

Pada mulanya Dhia rasa semua ini mengarut.

Kata orang putih nonsence tetapi semakin dia mahu menyahkan perasaan itu, lelaki itu sentiasa menghantuinya.

Nak dijadikan cerita, dia layankan sahaja perasaan itu. Setiap kali bertembung ada suatu perasaan yang sukar untuk gadis ini gambarkan.

Bahagia yang teramat sangat. Apabila pulang ke biliknya a.k.a asramanya mulalah mindanya berangankan pelamin indah bersama sang jejaka.

Ya, dia akui yang dia memang angau tahap gaban pada lelaki bertuah itu.

Namun begitu, dia tidak akan sesekali menceritakan tentang perasaannya itu kepada sesiapa waima rakan sebiliknya, Nana.

Walaupun pernah juga Nana perasan dengan sikap anehnya itu tetapi apabila disoal banyak pula helah yang diberikan.

“Dhia.. kau ini dah kenapa? Tersengeh sorang-sorang?” Tanya Nana hairan. “Oooo.. aku tahu mesti kau teringatkan pakwe kan?” Tebak Nana.

“Eh.. mana ada!! Pandailah kau ini. Mana ada aku tersengeh-sengeh. Kau yang salah nampak.” Bila disoal pasti itu sahajalah jawapan yang mampu Dhia berikan.

Tidak mungkin untuknya mengaku yang dia sudah jatuh cinta pada lelaki sekuliah dengannya, Arm.

Itu nama panggilan lelaki itu. Nama betulnya Mohamad Arman Bin Naqib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience