BAB 4

Humor Completed 1525

“Shutt.. diamlah!!” Tegas Starla.

Hajar bengang. Bengang yang teramat sangat. Gadis itu memeluk tubuh. Tanda dia protes.

Namun, kedua-dua rakannya itu langsung tidak mempedulikannya. Haish, bukannya nak pujuk.

Gumamnya geram. Sakit hati melihat telatah dua sahabatnya itu dia juga mengikut menoleh tempat yang menarik perhatian dua ‘minah’ itu.

Bulat matanya memandang ke arah satu meja tidak jauh dari tempat duduk mereka bertiga.

‘Jadi, ini yang diaorang berdua tengok? Eh, itu crush akulah wei... Korang jangan!!’ Katanya yang hanya terluah di dalam hati.

Tidak Hajar nafikan yang Arm ramai peminat. Boleh dikatakan kemana sahaja kakinya melangkah pastinya ada mulut-mulut yang memuji kekacakkan crushnya itu.

Tetapi tidaklah dia pedulikan sangat kerana dia tahu perempuan ‘gedik’ yang lain itu bukan cintakan Arm tetapi suka melihat wajah Arm yang comel itu.

Tetapi, apabila melihat dua ‘ekor’ minah depan matanya itu tergedik-gedik, tercuri-curi memandang crushnya itu siapa yang tak marah? Budak kecik lima tahun pun marah wei!!

“Korang tengok Arm ke?” Soal Hajar malas.

Mereka berdua mengangguk hampir serentak. “Handsome kan dia itu? Aku boleh bayangkan kalau aku dengan dia bersatu, mesti anak kitaorang comel. Fuhh.. seronoknya.” Ujar Starla sambil tersengih-sengih.

“Eh.. diakan pilih kau. Dia mesti pilih aku sebab aku lagi comel dari kau. Lelaki yang comel untuk perempuan yang comel.” Bangkang Nana. Dia juga tidak mahu kalah.

‘What?? Takkan Arm tu crushdua ekor minah ini? Huh, ini tak boleh jadi ini? Crushku crushmu? No way!!!’ Jerit Hajar hanya di dalam hati. Mana boleh!! Tak boleh!! Arman hanya dia yang punya. Nana, Starla dan perempuan lain tak boleh dapatkan Arm. Hanya dia!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience