BAB 6

Humor Completed 1525

“Tahu apa?” Soal Starla teruja. Manakala Hajar hanya diam membisu. Hanya mahu menjadi pendengar yang setia.

Nana tersenyum seketika namun senyumannya itu kembali pudar. “Hmm.. kau tahu? Crush kita, si Arm itu dah nak kahwin!!”

“Ha?? Ya ke?” Besar biji mata Starla merenung Nana yang duduk berhadapan dengannya.

Hajar bagaimana pula? Jujur dia memang terkejut malah hatinta bagaikan terhiris-hiris dengan belati apabila mendegar perkhabaran itu. Namun, Hajar masih menunjukkan riak yang sama.

Riak seakan tiada perasaan.Walhal di dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. “So??” Soal Hajar.

“So, punahlah harapan aku untuk jadi wife dia.. Hmmm.. takde jodoh.” Gumam Nana lemah.

“Hmm... dia kahwin dengan siapa? Hish, siapalah perempuan yang bertuah sangat itu ya? Hmm.. apasalah si Arm itu tak pandang dekat aku?

Aku ini cantik apa?” Starla sudah masuk bakul angkat sendiri. Kekadang tahap ‘keperasanan’ Starla ini boleh tahan juga.

“Dah bukan jodoh dia dengan korang nak buat macam mana? Terima ajelah kenyataan. Banyak lagi lelaki lain dekat luar sana. So, tak payah risaulah. Lagipun, sejak azali lagi Allah sudah tentukan dengan siapa jodoh kita. So, don’t worry ye kawan-kawan ku sayang.” Pujuk Hajar pada rakan-rakannya. Walhal sebenarnya dia mahu memujuk hatinya sendiri yang walang.

Rasa mahu ketawa pun ada apabila Hajar mengingati semula kata-katanya tadi.

Sejak bila pula dia pandai menasihati orang ini terutamanya dalam bab perasaan? Lupakah dia yang Arm itu juga merupakan crushNYA?

“Hmm.. aku sokong 300%!!.. Kumbang bukan seekor kan? Ramai lagi dekat luar sana. So, chill lah beb.. Apa yang penting sekarang no more crushku crushmu ya, Nana!!” Sengaja Starla menekankan nama Nana dihujung bicaranya. Segaja mahu menyakiti hati Nana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience