BAB 3

Humor Completed 1525

“Nana!! Starla !!” Panggil Dhia berulang kali apabila melihat kedua rakannya itu masih statik lagi sedangkan dirinya sudah separuh pinggan menghabiskan makanan.

“Hello, korang berdua... hello” Dhia masih berusaha untuk menarik perhatian mereka berdua malah Dhia siap melambai-lambaikan tangannya dihadapan wajah Nana dan Starla.

‘Hmm.. tak boleh jadi ini!! Aku kena bertindak!!’ Ujarnya di dalam hati.

Tanpa membuang masa Dhia menggunakan kuasa vetonya mengetuk kuat meja dihadapannya.

Orang Penang cakap ‘lantak pi lah orang nak cakap apa?’ yang penting dia tidak keseorangan di meja empat segi itu.

Seperti jangkaannya, Nana dan Starla tersentak malahan beberapa meja yang lain juga tersentak.

Dhia sekadar menayangkan sengihnya sahaja. Nak cakap sorry memang taklah sebab bukan salahnya. Dia terpaksa. Ingat terpaksa!!

“Woi, kau ini dah kenapa?” Soal Nana tidak berpuas hati. Benggang mungkin kerana diganggu malah dikejutkan sebegitu ‘teruk’ sekali. Aisehganggu betullah.

“Hekeleh!! Kau tanya aku kenapa? Korang berdua tu yang kenapa? Macam patung je aku tengok. Boleh kencang ke kalau statik macam itu? Kau tengok aku, dah separuh tinggal makanan ini.” Hajar sudah mulai membebel.

“Shutt... diam!!” Ujar Starla.

Hajar menarik nafas panjang. Menyampah. Tak patut betul dua ‘ekor’ minah ini. Gumamnya sedikit kesal.

Apa yang seronok sangat Hajar pun tak tahu sampai dua rakannya itu sanggup buat tidak tahu pada dirinya.

“Woi!! Korang tengok apa, ha?” Soal Hajar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience