BAB 2

Humor Completed 1525

Ha, tengok sampai ke nama penuh crushnya itupun dia tahu. Nampak sangatkan yang Dhia ini memang tergila-gilakan si Arm itu.

Tetapi, malangnya dia tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan isi hatinya.

Hmm.. dia sendiri pun tidak tahu sampai bila yang dia akan memendam perasaan itu.

Sebulan? Rasanya hampir setengah tahun dia menyimpan perasaan itu. Satu tahun, dua tahun atau tiga tahun?

Huh, rasa tidak sanggup!! Yalah bila sudah suka pasti inginkan dia menjadi milik kita tetapi... entahlah.

Apabila di kelas mulalah Hajar sibuk tertoleh-toleh mencari kelibat Arm. Apabila dua biji matanya itu tidak berjaya menjumpai susuk tubuh yang dicari mulalah rasa gundah-gulana.

Mahu melihat dan mendengar pensyarah berleter rasa tidak larat semuanya kerana Arm. Namun, apabila susuk tubuh itu ditemui, mindanya terawang-awang. Begitu kuat rupanya penagan Arm.

SEUSAI habis kelas, Hajar mengikuti rakan-rakannya, Starla dan Nana untuk mengisi perut di cafe.

Seperti kebiasaannya juga dia akan memilih makanan yang serba ringkas nasi putih, ayam goreng dan sayur tumis kangkung.

Dia bukanlah jenis perempuan yang suka memilih makanan dan bukanlah seorang yang demand tentang makanan. Asal makanan itu boleh dimakan dia sapu sahaja.

Tanpa membuang masa, dek kerana perutnya juga sudah lapar Dhia terus sahaja makan.

Dia tidak peduli pada rakannya yang dua orang itu yang masih lagi statik tidak tahu menunggu apa. Lantaklah!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience