BAB 5

Humor Completed 1525

DUA TAHUN KEMUDIAN,

MAJLIS konvokesyen sudah selesai. Kini, Hajar perlu mencari pekerjaan. Usai majlis konvokesyen itu, dia dan Nana serta Starla keluar berjalan-jalan disekitar ibu negara.

Selepas ini entah bila lagi dia dan rakan-rakannya itu akan keluar lagi. Yalah, masing-masing bakal sibuk dengan urusan peribadi.

Hajar merenung wajah sahabatnya. Diam tidak diam sudah tiga tahun mereka menjalin persahabatan.

Walaupun dahulu dia sempat marah dengan istilah crushku crushmu tetapi ikatan persahabatan mereka tidak pernah putus.

Malah, sayangnya pada Arm juga tidak berubah walaupun lelaki itu sehingga kini tidak tahu tentang perasaannya.

Baginya, menyimpan perasaannya demi persahabatan lebih indah demi menjaga hati masing-masing.

Starla dan Nana walaupun masing-masing turut menyimpan perasaan pada lelaki yang sama tetapi mereka boleh bersahabat. Takkan dia tidak boleh membuat perkara yang sama.

Hajar tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan. Arm langsung tidak memandangnya tetapi hatinya memang sudah tidak bisa berubah.

Hanya Arm yang bertakhta di hati walhal dia sudah acap kali bertemu, berurusan dengan lelaki lain diluar sana.

Namun, penaNgan Arm sangat kuat sehingga dia tidak mampu membuang perasaan itu pada lelaki itu.

“Eh, korang tahu tak?” Soal Nana memecah lamunan Hajar yang hampir jauh. Mujur sahajalah Nana mampu menariknya kembali pulang ke alam realiti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience