BAB 6

Romance Completed 7808

Syakila terduduk di kerusi. Kini dia benar-benar pasti Zarul begitu mencintainya. Kini dia berasa amat bersalah. Apa lagi yang harus dia lalukan setelah apa yang menimpa Zarul.

“Maafkan Sya”.Ucapnya dalam hati. Lantas dia berlalu ke bilik ICU yang menempatkan di mana Zarul berada. Wajah itu terlalu bersih, namun seakan memendam rasa yang amat perit.

Waktu itu Syakila amat pasti dia tidak bisa kehilangan Zarul. Kini dia sedar kehadiran Zarul amat penting baginya. Maka dengan alasan itulah setiap kali sebelum dan sielepas kerja hospital tempat dia berada, malah hampir sebulan selepas Zarul kemalangan, dia langsung tidak mahu berganjak dari sisi suaminya itu.

Sekian lama Syakila menanti dan masih menanti. Hati mana yang tidak pedih apabila melihat suami yang begitu mencintainya kini terbaring kaku. Dan dia masih menanggung rasa bersalah. Dia menggenggam erat tangan suaminya. Air matanya mengalir deras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience