BAB 3

Romance Completed 7808

“Apa abang cakap ni?Sya Cuma risaukan abang..hari tu abang kata cuma pergi seminggu..Sya…”. Dia terhenti disitu. Mula merasakan ada yang tidak kena dengan jawapannya.

“takpela bang, Sya nak letak telefon sekarang.”.Cepat-cepat dia mengatakannya.

“Nanti dulu, Sya..Sya boleh bohong abang atau sesiapa je, tapi kenapalah Sya nak bohong diri sendiri?”.

“Apa maksud abang ni?Sya Cuma nak tau sebab abang tak balik lagi..nanti senang Sya nak jawab bila mama tanya..abang janganlah fikir yang bukan-bukan pula.”.

“Jadi tiada langsung tempat abang di hati Sya?Langsung sikit pun tidak abang ni bawa makna apa-apa dalam hidup Sya?Hina sangat ke abang ni sampai langsung Sya tolak tepi?Jawab Sya..”.Syakila dapat merasakan dia telah menyinggung perasaan suaminya. Suara Zarul jelas sekali kecewa.

“Maafkan Sya, Sya takde niat nak buat abang tersinggung, maafkan Sya..”.

“Senang Sya minta maaf, pernah Sya fikir perasaan abang selama ni?Sya ingat dengan ucapan maaf tu boleh mengubat luka di hati abang ni?Kita sama-sama pernah merasai kecewa kerana cinta, tapi kenapa Sya tak beri peluang pada diri Sya untuk menerima cinta lain?Kalau Sya rasa sakit, pedih..abang pun rasa Sya..takpela Sya..Sya buatlah apa yang Sya suka, abang balik esok..assalamualaikum”. Zarul terus mematikan panggilan.

Petang itu Zarul pulang. Dari jauh dia seolah bersahaja. Syakila merasa bersalah tentnag hal semalam. Lantas dia mencium tangan suaminya.

“Sya minta maaf”.

“Takpela Sya..lupakan je apa yang abang cakap semalam, dahla..abang nak mandi..”. Syakila dapat mengesan rajuk di hati Zarul.Setelah itu mereka hanya membisu.Masing-masing dengan hal sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience