BAB 4

Romance Completed 7808

Syakila memang sudah melupakan Adam, namun hatinya seakan takut untuk bercinta lagi, takut dikecewakan. Dia mengakui dalam diam dia sudah mula menyayangi Zarul, walaupun perasaan cinta itu belum hadir. Kadang-kadang dia merasakan dia tidak layak buat Zarul. Zarul seorang lelaki yang terlalu baik dan telus.

Pagi itu apabila dia bangun untuk solat subuh dan besiap ke tempat kerja, Zarul sudah tiada. Selalunya Zarul tidak seawal itu keluar rumah.Tanpa memikirkan hal itu, Syakila menganggap Zarul mungkin ada kerja yang perlu diselesaikan awal pagi itu. Seperti biasa dia solat dan bersiap.

Dia dan Zarul memang mempunyai kereta sendiri untuk ke tempat kerja. Pernah dahulu Zarul menawarkan untuk menghantar dan mengambilnya dari tempat kerja tanpa perlu dia memandu kereta sendiri, namun dia menolaknya dengan alasan lebih selesa memandu sendiri.

Zarul tanpa membantah memberi keizinan.Tiba-tiba telefon rumahnya berdering sebelum sempat dia keluar dari rumah.

“Assalamualaikum, Puan Syakila?”.Satu suara yang agak asing bertanya.

“waalaikumsalam, ya saya, ada apa encik?”.

“Begini.. saya harap puan bersabar dengan apa yang saya nak beritahu, suami puan terlibat dalam kemalangan, sekarang dia berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.”. Syakila tergamam, tanpa disedari gagang telefon yang dipegangnya terlepas dari tangan.

“Abang..”.Lantas dia terus bergegas ke hospital.

“Saya harap puan bersabar, suami puan selamat tapi dia perlu di tahan di wad ICU kerana keadaannya agak kritikal sekarang,dia koma.. sama-samalah kita berdoa agar dia sedar nanti..mm..surat ni tadi berada dalam gengaman suami puan, mungkin ia milik puan.”.Doktor itu menghulurkan surat itu sambil memandangnya, dan berlalu.Syakila terkedu.

Dia benar-benar tidak menyangka begini jadinya. Perlahan-perlahan dia membuka lembaran surat itu. Sememangnya ada tertera namanya di penjuru kanan atas surat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience