BAB 2

Romance Completed 7808

Bukan dia tidak penat berlakon seperti itu, tapi dia juga tidak tahu kenapa dia sanggup berbuat demikian.

“Sya..sampai bila kita nak macam ni?”.Ujar Zarul dengan lembut.

“Kenapa? abang penat?atau abang dah bosan dengan Sya”.Syakila membalas juga dengan lembut .Dia sebenarnya amat berasa bersalah terhadap Zarul, tapi hatinya tidak boleh dipaksa untuk mencintai Zarul. Dia tahu Zarul sudah banyak bersabar dengan karenahnya.

“Sya..abang pun manusia,ada hati dan perasaan..Sya tak rasa bersalah ke kita dah berbohong pada semua orang..”.

“Sya faham semua tu, abang berilah sedikit masa lagi pada Sya ye, Sya minta maaf pada abang..abang memang baik pada Sya, tapi Sya perlukan masa..” Syakila memandang Zarul sekilas. Zarul membalas renungan itu agak lama, namun akhirnya dia berlalu.

Syakila mula merasakan Zarul semakin menjauh. Sudah beberapa minggu Zarul tidak balik makan malam bersamanya. Kali ini pula Zarul ditugaskan bekerja di luar daerah selama seminggu.

Selama itulah suaminya tidak langsung menghubunginya. Kalau dahulu jika dia berkursus dua hari pun Zarul akan selalu bertanya tentang keadaannya. Kini dia bukan tidak mahu berbuat demikian, cuma dia merasakan agak kekok unuk melakukannya. Hatinya seolah berbagi.

Namun kini, dia merasa bimbang kerana Zarul sudah terlewat sehari pulang ke rumah. Tanpa disedari jarinya mendail nombor Zarul.

“Assalamualaikum, mm..Sya kenapa?”.

“Waalaikumsalam, mm…Sya cuma nak tanya abang balik bila?”.Sebenarnya dia tidak betah mengucapkannya.

“kenapa Sya Tanya?bukan ke kehadiran abang dalam rumah kita tak membawa apa-apa beza pada Sya..atau sekarang Sya dah mula rindukan abang?”. Begitu lancar Zarul menuturkannya.Kali ini Zarul agak lain, seakan beremosi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience