BAB 1

Romance Completed 7808

Kali ini Syakila benar-benar tidak menyangka yang mamanya serius untuk menjodohkan dirinya dengan Zarul.

Selama ini mamanya tidak pernah memaksa, namun mungkin kerana tidak mahu Syakila terus melayani perasaan kecewannya atas perpisahannya dengan Adam, mamanya nekad berbuat demikian.

“Sya, mama nak lihat Sya bahagia,terimalah Zarul..”. Puan Sakinah cuba memujuk.

“Tapi ma, kalau Sya kahwin pun, belum tentu Sya bahagia”.Syakila cuba menjelaskan keadaannya.

“Sudahlaha Sya, mama dah puas lihat Sya asyik bersendiri macam ni, mama bukan nak paksa, tapi percayalah Zarul memang pilihan yang tepat buat Sya”.

“Entahlah ma..”.

Hari ini semua itu bukan lagi fantasi, beberapa minit tadi Syakila telah bergelar isteri kepada Zarul. Zarul seorang lelaki yang telus dan jujur.Pada mulanya dia tidak mahu mengahwini Syakila atas sebab mereka saling tidak menyintai, namun akhirnya dia bersetuju kerana mahu membahagiakan Syakila.

Sememangnya dia tidak mencintai Syakila, namun dia akan belajar menyayangi dan mencintai Syakila.Itu janjinya.Dia juga sudah penat hidup dalam dilema cinta semalam.

Hari itu merupakan bulan kelima Syakila dan Zarul bergelar suami isteri. Namun mereka tidak seperti pasangan lain yang bahagia menikmati kehidupan berumahtangga.

Bukan Zarul yang mahukan begitu, namun dia akur pada kehendak Syakila. Namun dia tidak pernah menceritakan keadaan rumahtangganya kepada orang lain. Di hadapan orang lain, termasuk mama Syakila mereka nampak seperti pasangan yang bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience