BAB 38

Romance Completed 14946

Airil keluar dari bilik tidur dengan pakaian lengkap untuk ke pejabat. Aisyah yang kebetulan baru keluar dari bilik hanya menjeling airil. Aisyah mencapai kunci kereta lalu berlalu keluar sakit hatinya belum hilang lagi. Airil yang melihat terus menghalang aisyah dari mekangkah pergi.
" Aku hantar kau pergi kerja." airil cuba merampas kunci kereta tetapi di larikan oleh aisyah.
" Tak payah saya boleh drive sendiri." Aisyah menyalami airil.
" Aku tak benarkan kau drive sendiri." Airil keraskan suaranya.
" Awak ni da kenapa semua benda saya tak boleh buat." Aisyah mula naik angin sejak akhir akhir ni Aisyah selalu marah marah. Airil pula hanya bersabar.
" Kau jangan nak biadap sangat dengan aku. Kau sedar tak yang aku ni suami kau." Airil memandang aisyah dengan pandangan yang tajam. Aisyah mula rasa bersalah kepada airil tangan airil di capai sebelum dikucup lembut.
" Saya minta maaf sebab saya dah berkasar dan tinggikan suara dengan awak saya mintak maaf sangat saya tahu kenapa saya cepat marah." Aisyah terus memeluk airil dengan lindangan air mata.
" Aku pun nak minta maaf dekat kau." airil membalas pelukan Aisyah.
" Awak saya nak tanya something boleh tak." Aisyah masih lagi memeluk airil.
" Kau nak tanya apa." airil mengusap belakang aisyah supaya aisyah berhenti menangis.
" Apa hubungan awak dengan julia." aisyah mendongak memandang airil. Aisyah perasan akan perubahan wajah airil.
" Hubungan aku dengan julia tak lebih pun dari seorang pekerja dengan majikan dah dah tak payah nak fikir lagi jom kita pergi kerja." Airil menarik tangan aisyah. Aisyah hanya membiarkan sahaja.
" Awak boleh tak saya drive sendiri pergi kerja lagipun kereta tu kan kereta lama saya." Aisyah memandang airil.
" Tak boleh." Airil memberi jawapan yang pendek.
" Biy boleh la...biy tak kesian ke dekat sayang ni." Aisyah menghadiahkan ciuman dia pipi kanan airil.
" Pandai kau pujuk aku kan...hmm yelah nah drive elok elok jangan bawak laju sangat." Airil menberi kunci kereta kepada aisyah.
" thanks biy" Aisyah terus melangkah ke arah keretanya. Aisyah memandu keluar dari kawasan kondominium. Aisyah memandu kearah pejabatnya.

***********
Aisyah mengurut dahi yang berasa sakit. Tiba tiba tekaknya terasa loya dengan pantas aisyah melangkah ke arah bilik air. Aisyah memuntahkan semua isi perutnya kebetulan lily baru masuk terus mendapatkan aisyah yang berada di dalam bilik air.
" Cik Aisy okay tak ni kenapa muka nampak pucat." Lily menyentuh dahi aisyah.
" Entah lah saya pun tak tahu. Lily tolong cancel semua meeting hari ni saya rasa nak ambik cuti la." Aisyah duduk di sofa.
" okay...bagus juga cik aisy ambil cuti saya risau la tengok cik Aisy." lily mengeluarkan telefon lalu mendail nombor seseorang.
" Datang tempat kerja saya kejap." Sehabis bicara lily terus mematikan talian. Tidak sampai sepuluh minit Rizman sudah terpacak di hadapan pintu bilik aisy.
" kenapa ni. Aisy okay tak ni kenapa muka tu pucat." Rizman melangkah mendekati lily.
" Cik aisy tak sihat...abang tolong bawakkan cik Aisy ke klinik boleh." lily memandang rizman.
" haah ye lah abang tolong tapi malam ni upah okay." rizman tersenyum nakal ke arah lily.
" Apa abang ni malu la." lily mencubit perut rizman.
" Aisy jom saya bawak awak pergi klinik." Aisyah hanya mendiamkan sahaja. Rizman memapah aisyah masuk kedalam kereta. Rizman memandu ke arah klinik berdekatan.
" Aisy jom turun." rizman memapah aisyah masuk kedalam klinik. Mereka masuk sehingga tiba giliran aisyah. Aisyah masuk ke dalam bilik doktor bersama Rizman. Aisyah menceritakan segala yang dialami olehnya. Doktor meminta aisyah baring sebelum dia menekan nekan perut aisyah.
" Doktor saya sakit apa sebenarnya." Aisyah mula risau.
" Tahniah puan hamil empat mimggu." Doktor memandang Aisyah yang ternyata terkejut.
" Alhamdulillah...aisyah mengucap syukur dengan lindangan air mata.
" Tahniah aisy" Rizman senyum memandang aisyah.
" Doktor kami keluar dulu." Aisyah melangkah kekuar setelah mendapat anggukan dari doktor.
" Riz aku nak jumpa suami aku. Aku tak sabar nak bagitahu ni pasal semua ni." Aisyah teruja sehingga sakit kepalanya hilang.
" kau nak aku hantar ke." Rizman masih fokus memandu.
" Tak apa lah lagipun aku tak nak susahkan kau." Aisyah mengusap perutnya.
" Tak susah pun...biar aku hantar kau lah." Rizman memandu ke arah pejabat Airil. Sampai sahaja aisyah orang pertama turun dan mekangkah ke arah lift.
" Aisy cuba kau hati jalan." Rizman hanya mengikuti dari belakang. Aisyah tidak memperdulikan teguran rizman. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik airil. Aisyah berdiri kaku bila mendengar suara manja julia sedang bergelak ketawa bersama Airil. Rizman dibelakang hanya mampu berdiam. Aisyah menolak pintu bilik airil. Alangkah terkejut aisyah bila melihat julia berada di atas riba Airil dan Airil memeluk pinggang julia tanpa rasa bersalah. Mata aisyah mula berkaca memandang agenda tersebut. Airil yang merasakan ada sesuatu memerhati terus berpaling memandang ke arah pintu. Terkejut dengan kewujudkan Aisyah. Airil terus bangun memandang aisyah yang sudah menangis.
" Aisy kau buat apa dekat sini." Airil mendekati aisyah sebelum tanganya menyentuh tangan aisyah. Aisyah melarikan tangannya.
" Jangan sentuh aku. Aku jijik dengan kau airil. Kenapa kau buat aku macam ni kalau kau dah tak sayang aku lepaskan aku jangan seksa hidup aku." bergemar suara aisyah di dalam bilik itu.
" Aisy aku boleh explain semuanya...apa yang kau nampak tu semuanya tak betul." airil memandang aisyah. sekarang ini dia terperangkap dengan cinta terhadap aisyah.
" Kau cakap semua tu tak betul serius ahhh kau ingat aku tak nampak apa kau buat dekat dia. Aku belum bodoh lagi la airil." Aisyah memandang julia di belakang airil.
" Aisy jangan la macam ni malu orang tengok." Airil menarik tangan aisyah tetapi di tepis oleh Aisyah.
" Biar la aku tak kisah pun biar semua orang tahu yang kau tu suami orang tetapi menggatal dengan betina lain dan kau betina dengan sini baik baik kalau kau nak dia ni ambil aku sikit pun tak kisah sebab bagi aku dia dah buktikan pada aku yang lelaki memang tak akan cukup satu. Kalau dah kemaruk sangat kahwin jelah tak perlu buat dosa macam ni. Airil hasnan terima kasih sebab buat aku yakin yang kau tak pernah cintakan aku." Aisyah memandang airil dan julia silih berganti. Aisyah pusing ke belakang dan melangkah pergi tetapi langkahnya mati.
" Lagi satu aku nak kau ceraikan aku." aisyah melangkah pergi bersama rizman. Airil yang melihat Aisyah pergi terus mengejar Aisyah tetapi dia sudah terlambat bila aisyah sudah pun pergi. Airil bagai hilang arah dia memandu pulang ke rumah orang tuanya.

Airil buat perangai pulk...tk pa nnti kita ajaq sikt si Airil tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience