Aisyah duduk di pangkin sambil membuang pandangan ke arah sawah padi. Aisyah mengeluh perlahan bila mengenangkan anak di dalam kandungnya
" Angah hang okay dak ni." Anwar menyapa Aisyah dengan lembut. Aisyah pusing menghadap abangnya.
" Entah la aku pun tak tau." Aisyah pusing lalu bersila di hadapan Anwar.
" Kalau hang nak cerita dekat aku cerita la aku dengan kalau hang tak mau takpa aku faham." Anwar mengusap bahu Aisyah.
" Betoi tu hang cerita la kat kami." Muncul Khairul dari belankang. Aisyah dan Anwar pusing ke belakang melihat adik adik mereka.
" Bila masa hampa ada dekat sini tak peqasan pun." Anwar memandang adik adiknya.
"Dari tadi gi kami berdiri dekat sini hampa dua ja yang tak nampak." Akmal menjawab sambil melabuhkan punggungnya di belakang Aisyah manakala Syahrul dan Khairul duduk di hadapan di kiri dan kanan Aisyah.
" Angah hang ada masalah ka." Syahrul mula bersuara apabila melihat wajah sugut Aisyah.
" Aku tak tau nak cakap lagu mana aku sebenarnya nak pi bercuti sebelum aku bersalin." Aisyah menyuara dengan lembut sambil mengunjur kakinya ke hadapan.
" Hang nak pi dengan sapa." Akmal mengurut pinggang Aisyah perlahan lahan. Aisyah membiarkan sahaja pinggangnya di urut memandangkan pinggangnya memang sakit.
" Aku nak pi dengan hampa la kalau hampa tau mau pi tak pa la aku pi sorang sorang." Aisyah membuat muka sedih.
" Angah sejak bila pulak kami cakap tak mau ikut hang." Anwar mengurut tapak kaki Aisyah. Syahrul dan Khairum pula mengurut betis Aisyah.
" Entah angah pandai pandai ja cakap macam tu." Syahrul mencubit pipi Aisyah.
" Kita pi langkawi la dekat sikit." Khairul memberi cadangan.
" Aku ikut ja janji ada hampa." Anwar senyum memandang adik adiknya.
" Aku pun sama." Aisyah menjawab
" Aku pun." jawab Syahrul dan Akmal serentak sebelum mereka ketawa gembira.
" Hampa terima kasih tau sebab dah tolong urut kan aku." Aisyah mengusap perutnya.
" Sama sama setakat urut hang apa la sangat." Anwar meletakan tangnya di atas perut Aisyah sebelum di ikuti oleh Akmal syahrul dan Kahirul.
" Anak hang anak kami...sakit hang sakit lah kami." Mereka memeluk Aisyah dengan erat.
Disudut yang lain pun terlihat orang tua Aisyah dan juga Airil duduk di jendela sambil memandang Adik beradik yang sedang berborak di pangkin.
" depa tu memang macam tu dari dulu lagi depa selalu utama kan Aisy." Ahmad turut memandang keluar jendela.
" Untung Aisy dapat abang dan adik adik yang baik selalu ada masa dia susah." Tan Sri Halim tersenyum sendiri bila teringat saat Aisyah dan Airil di tangkap basah. Hampir hampir Airil di pukul oleh Akmal.
" memang la untung tapi bila depa gaduh Aisy jadi mangsa untuk pujuk depa." Ahmad memandang Tan Sri Halim.
" Patut la diorang sayang sangat dekat Aisy tu." Tan Sri berlalu duduk di sofa.
" Sayang sangat sampai kes tangkap basah Aisy pun depa tak percaya." Ahmad duduk dihadapan Tan Sri Halim.
" Kalau abang nak tahu kes tangkap basah tu saya yang call kawan saya kebetulan diorang di situ. Saya minta maaf bang." Tan Sri Halim menundukkan wajahnya. Ahmad yang terkejut mengucap panjang.
" Apa maksud hang." Ahmad memandang Tan Sri Halim.
" Saya buat semua tu sebab saya tahu Aisy boleh ubah Airil jadi macam sekarang ni." Tan Sri Halim meangkat pendangnya.
" Sudah lah benda dah lama berlalu biaq dia berlalu jangan di ungkit lagi." Ahmad bersuara perlahan. Tan Sri Halim seperti tidak percaya.
"Betul ke ni bang." Tan Sri Halim bersuara tidak percaya. Hanya anggukan yang diberi kepada Tan Sri Halim. Dia berharap suatu hari nanti Aisyah dan Airil kembali seperti sedia kala.
*************
Airil menjeling Aisyah yang sedang mengurut kakinya sendiri. Airil mendekati Aisyah sebelum mencapai kaki Aisyah untuk mengurut. Aisyah menarik kembali kakinya. Airil cuba mencapai kembali tetapi ditolak oleh Aisyah. Airil masih lagi berdegil mahu mangurut dengan pantas Aisyah bangun dari duduknya lalu melangkah keluar lalu bilik tetapi ditahan oleh Airil.
" Sayang nak biy buat apa lagi untuk sayang maafkan biy." Airil memaut eret lengan Aisyah.
" Tak perlu buat apa sebab aku tak akan maafkan kau." Aisyah merentap tangannya dari gengaman Airil.
" Aisy aku tahu aku salah tolong maafkan aku." Airil merapati Aisyah.
" Jangan mimpi aku nak maaf kan kau penipu." Aisyah melangkah keluar bersama minyak angin ditangan dia merempuh masuk ke dalam bilik Akmal. Akmal yang sedang menghadap laptop terus pusing ke arah Aisyah.
" Aih hang buat apa dalam bilik aku ni." Akmal bangun mendekati Aisyah yang duduk di atas katil sambil mengurut kaki. Minyak di tangan Aisyah di ambil lalu menyambung mengurut kaki Aisyah.
" Aku nak tidoq dengan hang malam ni." Aisyah bersuara tanpa nada.
" La awat pulak hang kan ada bilik tidoq la bilik hang." Akmal memandang Aisyah.
" Aku tak mau tidoq dalam bilik aku sebab ada tenun tu hang tau kan kalau aku dah benci bukan setakat muka bayang bayang pun aku tak mau tengok." Aisyah menarik kakinya dari tangan Akmal sebelum dia baring di atas katil Akmal.
" Hemm tidoq la acik ada keja sikit nak buat." Akmal bangun dari duduknya lalu mekangkah ke arah meja kerjanya.
" Okay...Thanks sebab bagi angah tumpang bilik hang." Aisyah mula memejam mata bila matanya terasa berat.
" Baby tidoq elok elok tau jangan buat mama hang terjaga." Akmal mengusap perut Aisyah sebelum dia menyambung membuat kerja. Sehingga larut malam. Akmal bangun dari duduknya lalu melangkah ke arah katil sebelum dia baring di sebelah Aisyah. Akmal mencium ubun ubun Aisyah sebelum dia juga hanyut dalam mimpi.
Aisy dh benci Airil kalau bolh dia x nk Airil dalm hidp dia lagi. * comment ;) * follow =)
Share this novel