BAB 39

Romance Completed 14946

Aisyah mengambil tisu yang berada di dalam kereta Rizman habis kereta Rizman bersepah dengan tisu. Rizman hanya memandang tanpa berkata apa apa. Aisyah masih lagi menangis sambil menyumpah serana Airil. Rizman yang mendengar hanya mendiam sebelum Aisyah memarahinya juga.
" Kau pun sama la macam Airil tu aku ni tengah sedih cuba kau pujuk ke nasihat ke ni tak diam macam tunggul." Aisyah memandang ke arah Rizman dengan lindangan air mata.
" Aku bukan tak nak cakap tapi aku risau kalau aku tersalah cakap buat kau bertambah sedih." Rizman tersenyum tawar.
" Kau tahu tak aku sayang sangat dia tapi kenapa dia tak pernah nampak pun semua tu. Aku benci dia. Dia tak layak jadi suami aku." Aisyah membaling kotak tisu ke arah Rizman. Rizman hanya menahan sakit bila kotak tisu terkena pada mukanya.
" kau dah la Aisy dari kau memekak dalam kereta aku baik kau zikir ke selawat ke dapat juga pahala dekat kau." Rizman memandang ke arah Aisyah.
" Kau ni kenapa...kau tahu tak aku tengah sedih ni" Aisyah memukul lengan sasa Rizman.
" Tadi kau suruh aku bagi nasihat dekat kau lepastu kau marah aku pulak." Rizman membiarkan sahaja aisyah memukulnya bukan sakit sangat pun.
" Diam ahh tak payah banyak cakap sekarang ni bawak aku ke taman dekat kondominium aku tu. Aku nak jumpa adik aku." Aisyah pusing ke arah tingkap. Rizman hanya mengikuti sahaja apa yang di inginkan oleh aisyah kalau dia banyak tanya mesti aisyah mengamuk. Rizman membelok masuk ke arah taman terlihat di hadapan ada seorang lelaki sedang menunggu seseorang. Aisyah keluar dari kereta lalu berjalan kearah lelaki tersebut tanpa banyak bicara tubuh lelaki tersebut di peluk erat. Rizman yang mengikuti dari belakang terkerju dia mendekati aisyah dan lelaki itu.
" Angah kau datang dengan mangkuk ni ke." Akmal pusing menghadap Rizman. Aisyah hanya dia membisu. Dia menangis semahu mahunya di dada bidang milik Akmal.
" Kau buat apa dekat kakak kau hah." Suara Akmal mula meninggi sambil memandang tajam ke arah Rizman.
" Dia tak buat apa pun dekat angah. Dia yang tolong hantar angah datang sini jadi tak payah marah dia". Aisyah memandang Rizman.
" Nasib baik angah bagi tau kalau tidak habis dia acik kerja kan." Akmal mengusap kepala Aisyah.
" Aisy aku balik dulu...aku harap kau bersabar dengan semua ni. Kau abai kan dia dan kau fikir pasai masa depan kau dan anak kau yang bakal lahir nanti." Rizman menghukurkan tangan untuk bersalam dengan Akmal. Akmal menyambut salam Rizman.
" Riz terima kasih sebab dah bantu aku...aku harap kau tak cerita lah pada sesiapa kecuali lily." Aisyah memandang Rizman.
" Kenapa lily perlu tahu lagipun ni kan aib keluarga kau." Rizman memandang Aisyah dengan pelik.
" Kau nak ke lily salah faham pasal kau dan aku lagipun lily kan isteri kau dia berhak tahu supaya tak timbul fitnah nanti." Aisyah memandang Rizman.
" hemm ye lah nanti aku cerita." Rizman melangkah pergi tinggal lah Aisyah dan Akmal.
" Angah boleh explian dekat acik apa yang terjadi." Akmal mengangkat wajah Aisyah.
" Nanti lah aku cerita dekat kau sekarang ni kau kena tolong aku ambil baju dekat atas sana tu." aisyah menunju kondominium.
" Emm ye lah jom cepat tapi kan untuk apa kau ambil dekat atas tu." Akmal jalan sambil Memimpin Aisyah.
" Aku nak balik rumah ibu tapi sebelum tu aku nak tunggu pergi offis aku nak ambil kereta." Aisyah membuka pintu kondo sebelum melangkah masuk. Aisyah berlari ke arah bilik tidurnya dengan airil Semua baju di dalam almari di bawak kekuar sebelum di sumbat kedalam bagasi. Selesai semua aisyah melangkah keluar dari bilik dia lihat akmal sedang tunggu dia di hadapan pintu.
" Oii tolong angkat bagasi ni jap." aisyah menolak ke arah akmal. akmal menyambut dengan senyuman.
" Banyak baju kau bawak..ada apa yang terjadi ke." Akmal merenung aisyah dengan senyuman lagi.
" Tak ada apa lah." Aisyah menjeling Akmal. Baru sahaja Aisyah mahu melangkah keluar Airil sudah muncul dalam keadaan tidak terurus dengan kesan bengkak dipipi kananya namun Aisyah buat tidak tahu sahaja. Airil terus mengengam tangan Aisyah.
" Apa ni main pegang pegang orang lepas la." Aisyah cuba melepaskan tetapi tidak berjaya.
" Aisy tolong dengar dulu apa yang aku nak cakap ni." Airil meraoatkan badannya ke badan Aisyah.
" Aku tak nak dengar apa apa dari kau. Apa yang aku nampak tu semuanya dah jelas dan kau tak perlu nak jelaskan." Aisyah merentap tanganya sehingga terlepas.
" Aisyah aku sayang kan kau tolong jangan tinggal kan aku." Airil memandang Aisyah dengan lindangan air mata.
" Sayang... kalau kau sayang aku kau tak akan buat semua benda tu tapi sekarang ni kau dah buat semua tu kau rasa aku boleh terima ke. Aku harap sangat kau tak muncul lagi depan dan aku harap kau lepaskan aku." Aisyah melangkah pergi tanpa memandang kebelakang lagi dia memeluk lengan akmal sungguh ketika itu dia tidak kuat menghadapi semua ini. Dia perlukan seseorang untuk melepaskan apa yang terbuku di hatinya.

Aisy dah pergi tinggal kn airil...lepsni tak thu la ap akn jdi dengn aisy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience