BAB 41

Romance Completed 14946

Aisyah bangun dari tidurnya jam di dinding di pandang. Aisyah bangun turun dari katil lalu melangkah keluar dengan tuala di bahu nya. Aisyah memandang sekeliling rumah sunyi itu yang dia rasa. Aisyah melangkah turun ke dapur ingin mandi tetapi terbatut apabila terpandang buah mempelam yang berada di atas meja. Aisyah melangkah mendekati meja makan sebelum dia mencapai buah tersebut. Akmal yang kebetulan masuk melalui pintu dapur memandang Aisyah dengan riak yang pelik tiba tiba muncul idea untuk kenakan Aisyah. Dia melangkah perlahan lahan mendekati Aisyah buah yang berada di atas tangan Aisyah di ambil lalu disembunyikan di belakang tubuhnya. Aisyah yang terkejut terus memandang Akmal.
" Acik bagi la balik angah nak makan la." Aisyah cuba merampas tetapi tidak berjaya.
" Angah pi la mandi dulu satgi makan la. Buah ni biaq acik yang kupus lepastu kiga makan sama sama." Akmal membawa lari buah tersebut.
" Acik bagi la balik angah nak makan. Sedap tu kalau cicah dengan sambal belacan." Aisyah cuba mengejar Akmal tetapi di halang oleh Anwar.
" Hang pi mandi lu satgi kot aku qejam hang dalam kolah baru tau. Benda tu boleh aehh ambik len kalau hang nak. Lani hang pi mandi biaq aku pi ambik len buah hang tu." Anwar menolak lembut tubuh Aisyah memandangkan Aisyah tengah mengandung.
" Betoi ni satgi hang ambik len kat aku." Aisyah cuba meminta kepastian dari Anwar. Bila melihat senyuman dari Anwar Aisyah terus melangkah masuk ke dalam bilkk mandi.

***********
Aisyah melangkah keluar mencari abangnya. Aisyah mendekati pokok mempelam bila melihat Firdaus sedang mengutip sesuatu di atas tanah.
" Fir kutip apa tu." Aisyah menghampiri Fridaus.
" Fir kutip buah untuk mama. Paklong cakap mama nak makan sebab tu la fir kutip." Firdaus memandang ke arah Aisyah sebelum dia memandang ke atas pokok semula. Aisyah turut melihat ke atas terkejut dia bila melihat akmal berada di atas pokok.
" Acik macam mana kau boleh ada dekat atas tu." Aisyah memandang pelik kearah Akmal.
" Aku yang suquh dia panjat tadi kan dia makan buah pelam hang." Anwar muncul dengan membawa sebesen air. dan juga sambal belacan.
" Wow untung nya orang mengndung macam aku ni." Aisyah duduk di atas pangkin di bawah pokok rambutan.
" Weii khai tak balik ka." Aisyah memandang Anwar.
"Entah aku pun tak tau." Anwar mengangkat bahu. Akmal yang baru muncul duduk di sisi Aisyah.
" Dia kata esok nak balik tapi aku tak tau la jadi ka dak." Akmal memicit kaki Aisyah yang kebetulan melunjur ke arahnya. Aisyah hanya membiarkan sahaja.
" Kaki hang bengkak ni hang tunggu sat aku pi ambik minyak angin." Akmal berlaku masuk kedalam rumah. Aisyah memandang Anwar sebelum dia mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tidak sampai seminit Akmal muncul dengan minyak angin di tangan.
" Sini unjaq aku nak uqut." Akmal menarik lembut kaki Aisyah sebelum dia mengurut lembut. Sedang mereka rancak beborak kedenganran hon kereta dari arah jalan. Mereka terus memandang ke arah jalan.
" Amboi makan tak tunggu kita." Syahrul keluar dari keretanya dan diikuti Damia. Syahrul memeluk Anwar dan juga Akmal. Syahrul beralih ke arah Aisyah sebelum tubuh itu didakap erat seperti tidak mahu dilepaskan.
" Dah la nanti lemas anak aku dalam ni." Aisyah mengusap perutnya. Syahrul yang mendengar seakan akan terkejut.
" Weii betoi ka ni." Syahrul memandang Anwar sebelum mandang Aisyah semula sekali lagi tubuh Aisyah didakap erat.
"Apa yang hingiaq sangat ni." puan kalsom yang baru keluar dari dapur memandang anak anaknya. Syahrul mendekati ibunya sebelum tangan tua itu dia salam."
Bila hang sampai" puan kalsom memeluk Damia.
" baqu ja sampai. Ibu sihat ka." Syahrul memandang ibunya.
" Sihat alhamdulillah dah pi dok dengan depa tu." puan kalsom duduk disebelah Firdaus yang sedang menyuyang buah mempelam.
" Sedap dak fir." puan kalsom memandang Firdaus. Firdaus mengangguk kepala tanda sedap. Puan kalsom memandang Aisyah yang khusyuk memakan buah mempelam.
" Jangan makan banyak sangat tak elok untuk anak hang tu." Puan kalsom memandang Aisyah lagi.
"okay..." hanya itu yang di balas oleh Aisyah. Mereka berborak sehinggalah matahari terbenam.

Comment :^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience