Airil masuk ke dalam rumah seperti yang dia jangka Tan Sri Halim menunggunya di hadapan pintu rumah. Airil mendekati papanya namun dihalang.
" Mana Aisy bukan ke tadi kau cakap nak bawak balik menantu aku." Tan Sri Halim memandang tajam ke arah airil. Airil tunduk memandang ke bawah.
" Aku tanya jawab la. Tak kan baru kena tumbuk dah bisu." Tan Sri halim melangkah mendekati Airil tanganya diangkat tinggi ingin melempang Airil tetapi terhalang oleh satu tangan halus.
" Papa jangan lempang Airil. Dia tak salah yang salah aisy kalau bukan sebab Aisy pergi offis mesti semua ni tak akan terjadi." Aisyah memandang Tan Sri Halim dengan pandangan sayu.
" Aisy kamu tak salah yang salah si otak tak ada ni kalau dia tak gatal nak cari lain sedangkan kamu ada semua ni tak ada terjadi." Tan Sri Halim menjeling Airil.
" Pa tolong jangan pukul Airil. Airil kan anak papa tak kan papa sanggup pukul anak sendiri." Aisyah memandang bapa mentuanya.
" Aisy jom masuk kita bincang dekat dalam." Tan Sri Halim melangkah masuk ke dalam rumah.
" Acik sini lah." Aisyah menarik tangan adiknya masuk. Aisyah pusing ke belakang dan memandang Airil.
" Kau masuk la mandi aku tengok dah macam orang hutan." Sehabis kata Aisyah melangkah masuk.
" Aisy nak cakap something dengan papa dan mama." Aisyah memulakan bicara.
" Aisy nak cakap apa." Puan Sri Khatijah memandang Aisyah.
" Aisy dah buat keputusan yang Aisy nak berpisah dengan Airil." Aisyah memandangkan semua yang ada di ruang tamu.
" Papa tak izin kan korang bercerai lagi pun banyak lagi jalan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ni." Tan Sri Halim memandang Aisyah.
" Tapi pa Aisy dah tak sanggup hidup dalam keadaan macam ni." Aisyah memandang Airil yang baru turun.
" Aisy mama sayang Aisy macam anak mama sendiri tolong lah jangan bercerai dengan Airil kalau Aisy perlukan masa ambil la sayang berapa banyak pun kami tak kisah asalkan korang berdua tak cerai." Puan Sri khatijah memeluk Aisyah seperti tidak mahu di lepaskan.
" Kalau mama dah cakap macam tu tak apa lah tapi tolong bagi Aisy masa untuk bersendiri cari diri Aisy yang sebenar. Cari mana silap Aisy sampai di perlakukan sebegini." Aisyah membalas pelukan puan Sri Khatijah.
" kalau tak ada apa lagi boleh kami minta diri dulu." Akmal yang mendiam kan diri dari tadi bersuara perlahan.
" ye lah hati hati drive dah sampai nanti call mama okay." Puan Sri Khatijah mengusap belakang Aisyah. Aisyah melangkah keluar dari rumah banglo tiga tingkat itu. Akmal memandu menuju ke arah jalan besar.
*******************
Aisyah dan Akmal melangkah keluar dari kereta. Aisyah terus berjalan masuk tanpa membantu Akmak mengankat bagasi. Akmal hanya mengeluh bila melihat Aisyah melangkah pergi.
" Asalammualaikum...Aisyah berdiri tegak di hadapan pintu. Firdaus yang mendengar suara Aisyah terus berlari memeluk Aisyah. Aisyah membalas pelukan Firdaus sungguh dia rindui anaknya.
" Mama Fir rindu mama la kenapa lama sangat tak datang sini." Firdaus mencium pipi Aisyah berulang kali.
" Mama pun rindu dekat anak mama yang sorang ni." Aisyah mendukung Firdaus masuk ke dalam rumah.
" Mama papa tak ikut ke." Firdaus memandang Aisyah yang ingin menangis.
" Tak dia tak ikut dan sampai bila bila pun dia tetap tak boleh ikut." Aisyah menurunkan Firdaus setelah sampai dibahagian dapur.
" Hah Aisy awat dengan hang ni. Mata tu awat bengkak." Puan Kalsom memandang anaknya dari atas hinggga ke bawah. Aisyah yang tidak dapat menahan air matanya dari mengalir terus memeluk puan Kalsom. Aisyah menangis semahu mahu nya dia bahu ibunya.
" Dah la angah oii aku suquh minta ceqai hang pi setuju nak ambik masa lepastu dok qeyah tak tentu pasai. Hang kena ingat sama yang hang tu tengah mengandung nanti tak pasai pasai anak hang kena tempiah sama." Akmal mencelah dengan nada yang geram. Puan Kalsom terkejut dengan kata kata Akmal terus menarik Aisyah duduk di ruang tamu.
" Lani hang ceqita apa sebenaqnya yang jadi." Puan Kalsom mengusap belakang Aisyah. Firdaus yang dari tadi melihat terus memeluk Aisyah.
" Mama jangan la nangis nanti Fir pun nangis." Firdaus mengusap pipi Aisyah.
" Hang tak mau Ceqita biaq aku yang ceqita." Akmal menceritakan semuanya sebelum dinding menjadi sasarannya untuk melepaskan geram.
" Aisy awat hang tak bagi tau ibu pasai semua ni." Puan Kalsom memandang anaknya dengan penuh kasih sayang.
" Aisyah tak Mak Susah kan ibu." Aisyah Memeluk ibunya rasa ringan sikit bila meluahkan semuanya pada ibunya.
" Jadi lani hang mengandung la." Puan Kalsom menyentuh perut Aisyah. Aisyah mengangguk perlahan. Anggukan yang diberi oleh Aisyah telah membuat Firdaus melompat gembira.
" Yeahhh Fir dapat adik...yeahhh Fir tak sabar nak bagi tahu paklong." Firdaus berlari keluar setelah mendengar kereta Anwar memasuki perkarangan rumah nenenya.
" paklong Fir dapat adik... fir dapat adik." Anwar yang baru keluar dari kereta hanya tersenyum walaupun dia tidak tahu cerita sebenar.
" Jom masuk." Anwar mendukung Firdaus masuk ke dalam rumah.
" Ehh angah kau pun ada aku ingat Akmal balik sorang." Anwar duduk diruang tamu.
" Emmm...hanya itu yang di balas oleh aisyah sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik badanya direbahkan di atas katil sebelum mata tertutup rapat.
Please comment guys : )
Share this novel