Akmal membantu Aisyah keluar dari kereta. Aisyah memandang rumah dua tingkat yang berada di hadapanya. Akmal menekan loceng yang berada di salah satu tembok. Sekejap sahaja pintu pagar terbuka dari dalam. Akmal memimpin Aisyah masuk ke dalam rumah itu.
" Assalamualaikum mak cik...minta maaf lah sebab kami lambat sampai." Akmal menghadiahkan senyuman buat Datin Rozita. Aisyah menyalami tangan Datin Rozita lembut.
" Tak lah bukan lama sangat pun mak cik tunggu mai la masuk." Datin Rozita memeluk Aisyah erat.
" Mak cik mana dia Ana bukan ka makcik cakap Ana nak jumpa Aisy." Aisyah memandang sekeliling rumah mencari Riana.
" Ana ada dekat atas mai ikut makcik." Datin Rozita membawa Aisyah dan juga Akmal menuju ke arah bilik Riana. Pintu di ketut terlebih dahulu sebelum dia melangkah masuk.
" Ana..Aisy dah sampai ni." Datin Rozita memberi laluan kepada Akmal dan Aisyah untuk masuk. Aisyah melangkah masuk terbutang mata dia memandang Riana yang terbaring di atas katil sambil memandang sayu ke arahnya. Aisyah memdekati Riana sebelum melabuhkan punggungnya di sisi katil milik Riana.
" Aisy aku nak minta maaf dekat kau...aku tahu aku banyak buat salah dengan kau. Aku rampas Riz dari kau. Aku firnah kau dekat Riz supaya Riz jijik dengan kau. Aku malukan kau depan orang ramai. Aku hina kau depan orang ramai. Aku tikam belakang kau. Aku minta maaf Aisy tolong maaf kan aku sekarang ni aku dah dapat balasnya aku menyesal Aisy." Riana menangis tersendu sendu dihadapan Aisyah. Aisyah kaku mendengar esakan Riana sebelum dia menarik Riana ke dalam pelukan dia. Riana bertambah sedih bila sedikit pun Aisyah tidak memarahinya. Riana membalas pelukan Aisyah.
" Aku dah lama maafkan kau. Aku pun nak minta maaf dekat kau." Aisyah mengusap belakang Riana.
" Kau tak salah Aisy yang salah aku." Riana memeluk erat Aisyah.
" Dah lah kita buka buku baru...buang yang keruh ambil yang jernih." Aisyah melepaskan pekukan. Riana memandang Aisyah sebelum matanya jatuh pada perut Aisyah yang memboyot.
" Kau mengandung ke Aisy." Riana mengusap perut Aisyah.
" haah aku mengandung dah enam bulan." Aisyah memandang perutnya.
" Aisy aku sebenarnya ada benda nak bagi tahu kau." Riana mencapai tangan Aisyah lalu di digengam kemas.
" Apa dia cakap lah." Aisyah membalas gengaman Riana.
" Sebenarnya julia tu adik aku dia cuba goda Airil supaya Airil jatuh dalam pelukan dia dan dalam masa yang sama dia nak balas dendam bagi pihat aku dia ingat kau yang buat aku macam ni." Riana menundukan wajahnya.
" Adik...kenapa aku tak tahu yang kau ada adik sebelum ni." Aisyah pusing kebelakang memandang ke arah Datin Rozita.
" Sebelum ni dia tinggal dekat Australia dengan papa aku. Kau tahu kan Mama dengan papa aku bercerai dan masa tu aku baru habis SPM. Aku tak pernah cerita dekat kau tentang adik aku sebab aku kecewa bila dia pilih untuk ikut papa aku dan bukan mama aku." Riana menangis lagi.
" So mana dia sekarang." Aisyah mengangkat wajah Riana.
" Mama aku hantar dia balik Australia lepas mama aku tahu yang dia cuba nak rosakan rumah tangga kau." Riana memandang anak mata Aisyah.
" Shutt kau jangan la nangis banyak sangat nanti kau sakit." Aisyah memeluk kembali Riana.
" Mak cik minta maaf bagi pihak julia." Datin Rozita bersuara sayu.
" Tak apa lah makcik Aisy maafkan." Aisyah pusing menghadap Datin Rozita.
" Terima kasih sebab dah maafkan aku." Riana mengukir senyuman.
" Sama sama...tak apa lah Ana aku dah nak balik ni lagipun kejap lagi nak singgah beli barang yang mak aku pesan." Aisyah bangun dari duduknya.
" Aisy kau jangan lah marah suami kau lama sangat kesian dia kalau boleh aku nak tengok kau bahagia dengan dia." Riana memeluk Aisy sebelum melepaskannya.
" Itu aku tak janji sebab dia yang tipu aku bukan aku." Aisyah berjalan ke arah Akmal.
" Dia bukan saja saja tipu kau tapi bersebab." Riana memandang Aisyah.
" Sebab apa..." Aisyah kembali memandang Riana.
" Yang tu biar Airil la bagitahu sendiri." Riana menghadiahkan senyuman kepada Akmal saat mata mereka bertembung. Akmal cepat cepat larikan matanya.
" Mak cik Aisy balik dulu." Aisyah menyalami Datin Rozita sebelum dia melangkah keluar bersama Akmal. Aisyah masuk ke dalam kereta dengan seribu persoalan. Akmal menjeling ke arah Aisyah sebelum meneruskan pemanduannya.
Share this novel