Bab 5

Romance Series 9020

Aina memandang wajah Izham yang memberi ucapan.

'Benarkah aku tak tergilakan dia?Kenapa aku cakap macam aku nak buat dia gilakan aku?Macam aku nak permainkan hati dia?Tu lah kau Aina,lain kali fikir dulu sebelum bercakap!'kata hati Aina.

"Hey,Aina.Mengelamun jauh nampak.Sampai mana?"

Aina memandang Izham yang berada di sebelahnya.Sejak bila lelaki itu berada di sebelahnya itu jangan ditanya.Sebab dia tak tahu.

"Sampai pluto."

Izham membuat muka budak baik.

"Izham,ibu awak nak bagi ucapan."Laju sahaja Izham memandang ke arah pentas.

Ibu Izham tersenyum.Tidak lama kemudian dia memandang Izham.

"Dan pada hari yang gembira ini,saya ada satu pengumuman."

Izham bingung.'Pengumuman apa?'

Aina yang sudah tahu hanya mendiamkan diri.

"Anak saya,Izham akan dikahwinkan dengan Zulaika pada awal bulan hadapan."

Izham terkejut.Dia rasa macam tak percaya.Ibunya langsung tidak menanya pendapat dia.Yang akan berkahwin itu dia!

Izham berang.Aina yang melihat cuba menenangkan Izham.Wajah yang berang itu pernah dilihatnya.Sewaktu Eriq memarahinya akibat tidak berhati hati atau gagal melindunginya.Sakit dan pedihnya rasa hanya dia yang tahu.

Namun dia perlu buang perasaan itu kerana Izham akan jadi suami Ika.Bukan suaminya iaitu Eriq...

"Iz...relax.Calm down ok?"Izham meraup wajahnya.

"Relax?Calm down?They made a decision without asking my opinion!"

Aina tahu perasaan itu namun dia pasti itu yang terbaik untuk Izham.

"Mana Izham yang tenang menghadapi sesuatu masalah?Mungkin ini yang terbaik untuk awak.."

Aina cuba memujuk.Izham merenungnya.Dia dapat melihat pandangan sama seperti pandangan Eriq.Pandangan yang penuh kasih sayang.

"Tapi saya cintakan orang lain."Aina diam.Dia melarikan pandangan matanya.

"Better awak bincang hal ni baik baik dengan ibu awak.Biar saya balik dengan teksi je.Bye."

Baru sahaja dia ingin melangkah pergi Izham menghalangnya.

"Maaf sebab tak bagitau awak...saya cakap kat uncle yang awak akan tidur kat sini.By the way,uncle pun setuju.Lagipun majlis ni habis lewat malam."

Aina tidak cepat melenting.Dia hanya mengangguk.Mungkin ayahnya akan risau jika dia balik lewat malam.

"Masuklah Aina."Aina melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Malang nasib Aina,dia terserempak dengan Zulaika.

"Tolong beri laluan.."kata Izham.Nada lelaki itu dingin.Langsung tiada kemesraan.

"Iz,Ika nak cakap pasal tema perkahwinan kita.."

Izham memekakkan telinganya.Tangan Aina ditarik ke tingkat atas.

Aina tergamam namun diikutkan sahaja kerenah Izham.

"Ni bilik awak.."kata Izham.Mendengar nada suara Izham,Aina tahu kepala lelaki itu penuh dengan masalah.

"Thank you and Iz...please take care.Jangan buat keputusan mengikut emosi.Fikir betul betul."

Aina menghadiahkan satu senyuman manis kepada lelaki itu sebelum menutup pintu.

Kemarahan Izham perlahan lahan reda.Dia berasa tenang melihat Aina.Kakinya menuruni anak tangga.

"Ibu..."panggilnya.Zulaika duduk di sofa hadapan ibunya.

"Ye Iz?"

Izham mengambil tempat di sofa yang menghadap ke arah ibunya.

"Iz...tak nak kahwin.."Zulaika diam.Hatinya pedih mendengar kata kata lelaki itu.

Puan Yana beriak tenang.Sikap itulah yang menjadikan dia disenangi orang ramai.

"Apa alasan kamun untuk batalkan majlis tu?"

Puan Yana bertanya dengan lembut.

"Iz dah jatuh cinta pada orang lain."

Zulaika merasa sakit dan pedih.Kalau boleh dia mahu pergi dari situ tetapi dia risau kalau kalau perkahwinan itu dibatalkan.

"Awak boleh cuba buang perasaan tu lepas kita kahwin."

Zulaika direnungnya tajam.Mahu sahaja dia sound perempuan tu supaya jangan mencelah ketika orang sedang bercakap.

"Ibu please...ini mengenai perasaan Iz."

Zulaika mula meraih simpati Puan Yana.

"Siapa perempuan itu?"

Dia perlu fikir ke arah hadapan.Mungkin calon anaknya itu mampu mengembirakannya.

"Aina..Isteri kepada arwah lelaki yang bernama Eriq."

Puan Yana bangun.Wajah anaknya ditenung.

"Kamu kenal ke dengan dia?"

Izham menggeleng.Puan Yana mengeluh.

"Iz...muka Eriq..."

Izham menanti kata kata yang akan keluar dari mulut ibunya.

"Muka Eriq sama dengan muka kamu.Ibu takut Aina akan tersiksa apabila melihat wajah kamu.Pasti dia akan teringatkan Eriq."

Izham terduduk.Adakah itu sebab gadis itu dingin dengannya.Kemudian dia teringatkan sesuatu.Soalan Aina terhadapnya.

"Baik Iz kahwin dengan Ika.Kita akan bahagia."

Pujuk Zulaika.Dia sanggup merendahkan maruahnya semata mata untuk mendapatkan Izham.

"Diam!Ibu...Iz akan cuba.Iz dah jatuh hati dengan dia."

Puan Yana mengeluh.Zulaika dipandangnya.

"Macam mana dengan Ika?"

Izham menoleh ke arah Zulaika.

"Itu bukan keputusan Iz.Semua ni dibuat tanpa bertanya kepada Iz.Yang Iz tahu...Iz akan pikat Aina!"

Zulaika mula menitiskan air matanya.

"Apa yang istimewanya perempuan tu dari Ika?!"

Iz tersenyum sinis.

"Dia terlalu penting dalam hidup Iz.Dia ada tarikan dia sendiri.Kematangannya..tidak cepat menghina orang."

Zulaika merasakan seperti kata kata itu sindiran untuknya.

"Please abang Iz...Mana Ika nak sorok muka Ika kalau abang Iz batalkan pertunangan ni?"

"Iz takde adik.Itu Ika fikirlah sendiri.Pandai buat pandai tanggung!"

Izham berjalan ke arah biliknya.Langsung tidak memandang Ika yang menangis teresak esak.

"Maaf kan Iz, Ika.Tapi Iz cintakan Aina...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience