Bab 2

Romance Series 9019

Aina rasa seperti ingin pengsan."Sara!"panggilnya.Sara segera pergi ke arah Aina.

"Izham Lufthi!"Sara memandang Aina dengan pelik.

"Kenapa puan?"Aina merenung kembali file itu.

"Boleh awak panggil Cik Zarina?"Sara menganggukkan kepalanya lalu keluar.Beberapa minit kemudian Zarina masuk ke dalam biliknya.

"Kenapa Aina?"Zarina duduk di hadapan sepupunya itu.

"Kau ganti aku untuk mesyuarat dengan CEO Syarikat Harmoni?Please...."Zarina membuat muka menyampah.

"Mengada betul kau ni!Ok lah!Tapi kenapa?"Aina tersengih.

"Saja...."Zarina rasa macam nak ketuk je kepala sepupu kesayangan dia ni.

"Otak kau memang dah putus wayar la."

"Nanti aku cantumkan balik."Selesai masalah.Aina tersenyum riang.

/////////

Aina memandang kek coklat di hadapannya.Nak ke tak nak ye.....Baru sahaja tangannya ingin mengambil kek itu ada tangan lain juga yang ingin mengambil kek itu.Aina memandang sebelah kirinya.

'Mamat Senget ni lagi!'rungut Aina di dalam hatinya.

"Awak nak kek ni ke?"tanya Izham.

"Tak nak!Tepilah,nak lalu!"Izham tergamam.'Cantek punya bahasa.'

"Iz,jom teman Ika makan kat sana."Aina melihat seorang gadis cantik merangkul Izham.'Bukan hal aku pun!'Dia berjalan ke arah Elina Jewellery.

"Elly!"panggilnya apabila melihat kawannya itu.

"Mimpi apa kau sampai datang jumpa aku?"Aina membuat muka marah.

"Saja nak jumpa Elina.Tak boleh ke?Kalau tak aku blah!"Elly ketawa kecil.

"Jom pergi kat kafe tu.Aku pun lunch hour ni."Elina menarik tangan Aina ke kafe kegemarannya.

"Aina,aku nak tanya boleh?Jangan marah k?"Aina hanya mengangguk.

"Kau tak lupakan Eriq lagi ke?"Aina memandang Elina.

"Kau rasa?"

"Kau patut lupakan dia.Mulakan hidup baru."Aina ketawa sinis.

"Cakap mudahlah.Kau tak rasa.Masa aku susah dan bahaya dia ada.Dia yang isi ruang kat hati aku ni.Dia warna hidup aku."

"Bukan dia seorang je yang boleh bahagiakan kau...."Aina memandang minumannya.

"Kau suka tak air ni?"Aina menunjukkan air di dalam gelas Elina.Elina menganggukkan kepalanya.

"Aku nak kau jangan minum air ni untuk beberapa bulan."

"Memang tak la.Favourite aku kot!"Aina senyum.

"Susah kan untuk tinggalkan benda yang kita suka.Aku tak nafikan bahawa banyak lagi lelaki kat dunia ni.Tapi cinta sejati hanya satu."Elina hanya mampu mengeluh.

"Dah,jom makan."kata Aina.Baru sahaja makanan masuk ke mulutnya dia terpandang mamat senget.Salah timing pulak.Si Mamat Senget tu pandang dia jugak.

"Emm,Elly aku nak balik.Ada hal!"kata Aina dengan kalut.Dia mengambil batang barangnya dan berlalu pergi.

"O...k..."kata Elly.

/////////

Alaaaa,baru nak mintak nombor.Rungut Izham di dalam hati.

"Kenapa ni Iz?"tanya gadis ayu di hadapannya.

"Takde papelah.Ika dah habis makan?Nak prepare majlis malam ni..."kata Izham.

"Dah.Jom balik."Gadis itu mengambil begnya lalu berjalan di sebelah Izham.Matanya tidak lepas memandang wajah kacak lelaki itu.

/////////

Aina menangis.Setiap kali melihat Izham dia akan melihat Eriq.Bukan tak pernah cuba untuk lupakan tapi ia sangat pedih.

"Eriq....."

/////////

"Zulaika!Tolong Mak Ngah sekejap!"Zulaika berlari mendapatkan Mak Ngahnya.

"Tolong apa Mak Ngah?"tanyanya dengan sopan.

"Tolong bagi kot ni kat Izham.Dia kena jumpa dengan Aina dari Syarikat Iris.Nak jemput dia."Zulaika tersenyum apabila nama Izham disebut.

"Ok!"Dia berlari anak ke bilik Izham.Diketuknya pintu.

"Apa Ika?"Zulaika menghulurkan kot kepada Izham.

"Good luck ye!"Izham menghadiahkan satu senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Iz nak bersiap ni.Anything else?"tanya Izham sambil melihat kot itu.

"Nothing!"Izham menutup pintu dengan pantas.

"Nak jadi isteri awak!"Kata Zulaika dengan perlahan.Tudungnya dibetulkan sedikit.Hatinya gembira dapat melihat wajah Izham.

///////

"Apa!!!!"Aina terjerit.Datuk Kamal menutup telinganya.

"Papa!Aina tak nak.Please...."Datuk Kamal membuat pekak.

"Mama!Tengok Papa ni!"Datin Syahira ketawa kecil.

"Aina Sofea...."panggil mamanya dengan lembut.

"Pergilah sayang...Papa letih tu.Bukan dia saje je buat macam tu.Aina sayang mama dan papa kan?"Aina mengangguk.

"So?"kata Datuk Kamal.

"Fine!Aina pergi pun sebab papa dan mama."Datuk Kamal dan Datin Syahira memeluk anaknya.

'Matilah aku!!!!'kata Aina dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience