Bab 10

Romance Series 9019

"Aina,pergi bersiap cepat.Majlis dah nak bermula tak lama lagi."

Aina mengangguk lalu menuju ke dalam biliknya.Hari ini mereka akan menyambut hari lahir ibunya.

Tetamu mula membanjiri rumah mereka.Kedengaran suara dan gelak tawa Puan Syahira bersama rakan rakannya.

Aina memandang cermin di hadapannya.Tudung yang berwarna biru menyerlahkan lagi kecantikannya.

Gambar Eriq yang terletak bersebelahan cermin itu ditatapnya.

"Awak,saya dah berjaya mulakan hidup baru.Hari ini,kami akan sambut birthday mama.Dah lama rasanya saya tak join benda macam ni.Saya pergi dulu,majlis dah nak start."

Aina berdiri dan mengatur langkah menuju ke arah ibunya.Bibirnya mengukir senyuman sebaik sahaja melihat wajah Puan Syahira yang tersenyum manis.

"Happy birthday mama!Macam tak percaya je mama dah tua..."ujar Aina.

Puan Syahira menarik pipi Aina dengan perasaan geram.

"Kamu ni Aina,tak pernah nak berubah."kata Puan Syahira.

"Betul lah.Susah nak percaya yang mama dah tua sebab mama ni macam wanita yang berumur 25."

Puan Syahira menggelengkan kepalanya mendengar usikan daripada anaknya itu.

"Selamat hari lahir aunty."

Senyuman Aina mati apabila mendengar suara yang dikenalinya itu.Pandangannya beralih ke arah lelaki yang berdiri di hadapan Puan Syahira.

Lelaki itu kelihatan segak dengan kot yang berwarna hitam.Senyuman manis terukir di wajah kacak itu.

"Terima kasih sebab sudi datang,Izham.Mana ibu dan ayah kamu?"tanya Puan Syahira.

"Ah,mereka minta maaf aunty.Ada hal yang tak dapat dielakkan jadi..saya datang sebagai wakil daripada mereka."

Puan Syahira menganggukkan kepala.Hadiah yang diberikan oleh Izham itu diletakkan di atad meja.

"Aunty nak jumpa dengan kawan kawan aunty yang lain dulu.Kamu berbual la dengan Aina."

Puan Syahira berjalan meninggalkan Aina yang kaku di tempatnya.

"Awak sihat?"

Izham memulakan perbualan mereka.Aina mengangguk dan tersenyum.

"Awak pula?Macam mana sekarang?"

"Masih seperti dulu.Tak banyak benda berubah.."

"Saya dengar awak letak jawatan sebagai Ceo.."

Izham melangkah bersama Aina ke arah tempat yang agak tenang dari kekalutan majlis.

"Ya,lagipun..abang saya boleh handle benda tu.Saya nak kejar cita cita saya yang sebenar."

Aina berhenti melangkah dan memandang ke arah Izham.Lelaki itu kelihatan tenang .

"Apa cita cita awak?"

"Entahlah,sampai sekarang saya tak jumpa lagi jawapannya."

Aina ketawa kecil mendengar jawapan yang keluar dari mulut Izham.

"Cita cita pun tak ada..macam mana awak nak kejar?"

"Bermimpi.."

Izham memandang wajah Aina.Terlalu jelas riak wajah wanita itu mengatakan yang jawapan Izham itu menjengkelkannya.

"Nevermind.Macam mana dengan hidup awak sekarang Aina?"

Aina mengukir senyuman yang agak sayu.

"Saya masih tak tahu apa sebenarnya yang saya kejar tapi buat masa ni saya bahagia."

Bukan senang untuk melupakan seseorang yang benar benar dicintai.Dia datang tanpa diduga dan menghilang tanpa amaran.Ketika Aina merasakan hidupnya sudah sempurna Eriq meninggalkan keseorangan.

Tetapi kalau ditanya adakah dia menyesal dipertemukan dengan Eriq,tanpa ragu dia akan mengatakan tidak.

Lelaki itu hadir mengajarnya apa erti bahagia,kesedihan,keindahan dan kepahitan dalam cinta.

"Izham,saya mungkin terlebih confident..tapi..kalau awak masih menaruh harapan terhadap saya...saya minta maaf,buat masa ini saya belum terfikir untuk mencari pengganti Eriq."

Izham mengangguk.Dia sedar akan hakikat itu namun dia telah berkeras untuk mencuba.Sekurang kurangnya Aina tidak melihat Eriq di dalam dirinya.

"Aina...kehidupan ni penuh misteri kan?Kita terus melangkah ke hadapan tanpa mengetahui apa yang menanti kita sama ada ia membawa kebaikan atau keburukan buat kita."

"Apa yang awak nak cakap sebenarnya Izham?"

Izham tertawa kecil lalu memberikan Aina kotak kecil yang dibalut rapi.

"Seperti pertemuan awak dan Eriq....awak tak akan pernah sangka yang awak akan cintakan dia Aina...Saya minta maaf tapi saya akan berterus terang yang saya akan terus cuba mengejar awak."

"Sejak kecil saya akan cuba pelbagai benda...lebih baik daripada saya tidak mencuba dan tidak mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik pintu itu.Biarkan saya mencuba...biarkan saya membuka pintu itu untuk melihat apa yang akan terjadi nanti pada kita Aina."

Lelaki itu mengukir senyuman manis.Entah kenapa,mungkin kerana sinaran cahaya bulan atau lampu,Izham kelihatan lebih...kacak.

"Terserah kepada awak Encik Izham."

Aina membalas senyuman lelaki itu dengan ikhlas.

Tiada siapa tahu takdir yang menanti mereka.Mungkin sahaja helaian baru dibuka dan pen diambil.Kisah yang baru mula tercatat...semuanya tanpa sedar dan tiada siapa tahu pengakhirannya sekiranya cerita itu tidak disambung...

Angin lembut menyapa mereka berdua.Pen di tangan lincah menulis permulaan kisah baharu.

"Selamat berkenalan,izinkan saya menjadi sahabat awak."

Sedih betul bila baru ingat kewujudan benda ini tapi I'm back with more ideas!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience