Bab 9

Romance Series 9019

"Cik nak order apa?"

Aina menarik nafas lega apabila melihat tiada pelanggan lain yang beratur di belakang mereka.Hampir 5 kali pekerja lelaki itu bertanya soalan yang sama kepada Damia.

"Mmm,red velvet satu and chocolate cake satu.Lemon ice tea dua."

Aina akhirnya memesan makanan.Nak harapkan Damia?Wanita itu asyik memerhatikan wajah pekerja lelaki itu sejak tadi lagi.Aina hanya mampu memerhati lelaki itu menghadapi masalah renungan dari customer dengan wajah simpati.

"Ini pesanan cik.Please enjoy it."

Aina mengangguk dan menghadiahkan satu senyuman kepada lelaki itu.

"Damia,sebelum aku hadiahkan penampar kat muka kau..baik kau tolong aku angkat makanan ni."

Damia yang seperti tersedar dari mimpi hanya tersenyum malu.Dia mengambil pesanan tadi dan menuju ke arah Aina yang sudah berada di meja makan.

"Handsome la lelaki tu!"ujar Damia sebaik sahaja sampai di hadapan Aina.

"Pak cik yang jual burger dua hari lepas tu pun kau kata handsome juga."

"Ala,itu sebab nak dapat diskaun."

"Ha,elok la isteri pak cik tu tunggu nak sembelih kau je.Jom la makan."

Aina menyuap kek red velvet itu ke dalam mulutnya.Baru sahaja dia ingin menikmati kek itu,seleranya terus mati apabila melihat Damia.

"Kau merenung siapa pula Damia?Tolonglah,kita datang sini nak makan.."

"Bising la kau ni,tu..owner kafe ni,merangkap jiran kita."

Aina memandang ke arah lelaki yang dikatakan oleh Damia.

"Sebabkan dia jiran kita,aku mohon sangat sangat kau jaga kelakuan kau.Aku tak sanggup nak menanggung malu untuk ka.."

Kata kata Aina terhenti apabila manusia yang sedang dijadikan topik perbualan itu berdiri di hadapannya.

"Eh,awak Damia kan?Jiran sebelah rumah saya kan?"tanya lelaki itu.

"Betul la tu.Awak ingat tentang saya?"

"Macam mana saya tak ingat,awak selalu bagi makanan pada saya dan housemate saya.Terima kasih ye."

Aina mengeluh mendengar kata kata jirannya itu.

'Patutlah aku pelik kenapa makanan semakin berkurangan sekarang...'

"Eh,hal kecil je tu"

Aina hanya tersenyum tanpa bercakap namun jauh di sudut hati,dia berdoa agar jirannya itu tidak berbual dengannya.

'Ya Allah,aku lupa nama dia...'bisik hati Aina.

"Rafiq,awak dah kenal ke dengan Aina?"

"Dah."

Kini perhatian Rafiq beralih kepada Aina.

"Awak suka makan kek?"

"Ok je."

"Kalau macam tu,boleh tak awak berdua cuba kek yang saya baru sahaja belajar buat?"

"Ta.."

Belum sempat Aina menolak cadangan itu,laju sahaja mulut Damia menjawab.

"Eh,mestilah boleh.Awak nak buat kek apa?"

"Kek buah buahan."

"Kalau macam tu tolong lebihkan buah ye.Aina suka makan buah."

Aina hanya mendengar kata kata Damia.

"Boleh je.Enjoy ye."

Rafiq berjalan menuju ke arah kaunter.Damia ingin mencapai kek red velvet namun ditahan oleh Aina.

"Apa yang kau rancang sebenarnya Damia?"

Renungan tajam dihadiahkan kepada Damia.Wanita itu mengeluh apabila melihat reaksi Aina.

"Nak eratkan hubungan dengan jiran."

"Tapi perlu ke kau mention nama aku dan apa yang aku suka?I can't believe you,Damia."

"Aina,kau dah berjaya teruskan hidup..tapi sampai bila kau nak tutup hati kau?Ya,aku mengaku,aku cuba jodohkan dengan Rafiq.Aku nak lihat kau bahagia."

Aina menggelengkan kepala mendengar alasan itu.Pening kepala memikirkan tindakan yang dilakukan oleh Damia.

"Aku tak perlukan perkahwinan untuk bahagia Damia."

Damia memandang Aina dengan wajah serius.Langsung tiada senyuman menghiasi wajah itu.

"Jujur dengan aku Aina.Kau betul betul tak ingin buka hati kau kerana cinta kau kepada arwah Eriq..atau kau sedang menunggu seseorang?Lelaki yang bernama Izham tu?Kau cintakan dia?"

Soalan Damia membuatkan Aina kelu.

"Forget it.Aku minta maaf Aina tapi aku hanya inginkan yang terbaik untuk kau.Jom,sambung makan."

Aina hanya diam.Dia masih memikirkan soalan Damia sebentar tadi.Adakah benar dia menutup pintu hatinya kerana Eriq atau itu hanya alasan?

"Satu lagi,bila kau nak pergi?Birthday ibu kau 3 hari lagi kan?"soal Damia.

"Esok.."

Aina tersenyum apabila memikirkan majlis hari jadi ibunya nanti.

###

"Kau nak beli dua hadiah ke?"

"Tak,satu lagi untuk seseorang yang akan kembali.."

Matanya memandang hadiah yang sedang dibungkus itu.Senyuman manis menghiasi wajah lelaki itu.

"Aina..Sofea.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience