Bab 8

Romance Series 9019

Aina memandang Izham yang duduk di hadapannya dengan wajah tidak berperasaan.

"Aina,saya minta.."

"Jangan minta maaf dengan saya."

Aina tersenyum lemah.Dadanya sesak apabila melihat wajah Izham.

"Saya yang sepatutnya minta maaf.Saya mengaku kerana wajah awak yang sama dengan arwah suami saya,saya berkelakuan dingin dengan awak."

Aina menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata katanya.Izham hanya mampu melihat wanita itu menahan tangisan yang ingin keluar.

"Saya tak kuat Izham.Saya terlalu cintakan dia dan saya sedang cuba teruskan hidup tanpa dia.Kehadiran awak..satu dugaan yang besar bagi saya."

Aina mula meluahkan isi hatinya.Sejak pertama kali dia bertemu dengan Izham,hidupnya tidak tenang.Hampir sahaja dia berjaya menerima kenyataan yang Eriq telah tiada,Izham pula memunculkan dirinya.

"Aina..tiada apa yang akan berubah kalau awak terus berkelakuan seperti ini.Awak perlu fikirkan apa yang menanti awak,jangan berpaling ke belakang kerana awak tak akan lalui jalan itu lagi."

Dia tidak mampu melihat keadaan Aina yang lemah seperti ini.Jauh di sudut hatinya,Izham berasa cemburu dengan Eriq yang berjaya menawan hati Aina.Terlintas di fikiran Izham,apa yang akan terjadi seandainya dia bertemu dengan Aina lebih awal?Adakah wanita ini akan mencintainya?

"Saya tahu dan kerana itu lah saya ambil keputusan yang saya akan meletakkan jawatan saya."

Izham tersentak mendengar kata kata yang keluar dari mulut Aina.

"Kenapa?"

Hanya itu sahaja perkataan yang mampu dia ungkapkan.

"Kerana jawatan itu lah pelbagai ujian yang datang,kerana jawatan itu lah..Eriq pergi meninggalkan saya buat selama lamanya.Izham,saya tak mampu untuk pegang jawatan itu..saya tak mampu untuk pikul tanggungjawab itu."

"Jadi,awak nak buat apa selepas berhenti kerja?"

"Mulakan kehidupan yang baru.Saya hidup dan membesar dalam kesenangan.Saya nak cuba berdikari."

Membesar dalam keluarga yang kaya,semuanya ditanggung oleh ibu bapanya sejak kecil.Banyak duit memang satu nikmat namun ia tidak menjamin kebahagian yang berkekalan.Hatinya kosong,dia ingin jalani hidup seperti orang lain.Tidak terlalu miskin dan tidak terlalu kaya.

"Nampaknya,saya kena pergi sekarang.Maafkan saya kerana ambil masa awak terlalu lama Izham.Mulai hari ini,saya harap kita dapat jalani hidup masing masing seperti biasa."

Aina berdiri namun Izham masih lagi kaku di tempatnya.Kalau bukan kerana tangannya yang masih lagi bergerak,Izham mungkin sudah dikatakan mati.Lelaki itu menunduk,langsung tidak memandang Aina.

"Soal perkahwinan awak dengan Zulaika..cuba fikirkannya dengan hati dan minda yang tenang.Saya dapat lihat yang dia cintakan awak Izham.Saya pergi dulu.."

Aina berjalan keluar tanpa menoleh ke belakang.Apa yang dia perlu fikirkan adalah perkara yang menantinya di masa yang akan datang.

Izham hanya merenung kopi yang dipesannya.Dia ingin menghalang Aina pergi namun lidahnya kelu dan badannya kaku.Dia hanya mampu mendengar kata kata yang dituturkan oleh Aina.

Dia dan Aina berada di dalam situasi yang sama.Wanita itu perlu melupakan arwah suaminya dan dia perlu melupakan Aina.

"Saya akan tunggu masa yang sesuai Aina..dan apabila waktu itu tiba,saya akan buat awak cintakan saya.."

####

1 tahun kemudian

"Aina Sofea!!!Dah jadi hitam roti bakar tu!"

Aina ketawa apabila melihat roti yang dibakarnya itu.

"Sorrylah Mia,aku tak sengaja."

Damia hanya mampu menggeleng.Nak marah panjang panjang buat apa?Benda dah jadi...

"Kalau begini la jawabnya,duit aku melayang dengan makanan sekali melayang."

Aina memeluk Damia,cuba memujuk sahabatnya itu.

"Jangan lah macam ni Mia.Jom keluar makan,aku belanja."

"Makan kat mana?"

"Eh,ke mana itik tadi pergi eh?"

"Aina..."

Aina ketawa melihat wajah Damia yang diusiknya itu.

"Gurau je,kau nak makan kat mana?"

Damia tersenyum.

"Tak tipu ni?"

Aina mengangguk.

"Kan cantik kalau senyum macam tu.Boleh nampak nur pada wajah ayu kau tu."

"Kau ni kan Aina..emm,aku dah lama usya kafe jiran kita ni."

"Usya kafe?Aku rasa macam kau usya owner dia je."

Roti bakar yang kelihatan hitam seperti kucing peliharaan Damia itu melayang tepat ke arah muka Aina.

"Sakit la senget!"

Damia hanya membuat wajah selamba dan tanpa rasa bersalah dia makan biskut yang dibeli oleh Aina.

"Makanan di kafe tu best,so..maybe kalau aku dapat pikat owner dia,hari hari aku dapat makan free."

"Niat kau pun tak betul Damia oi.Dah,pergi bersiap,aku pun dah lapar ni."

Dengan sekelip mata Damia berlari ke biliknya untuk bersiap manakala Aina hanya mampu menggeleng.

Setahun berlalu,bermakna sudah setahun dia mulakan kehidupan baru.Dia hanya sempat menziarahi kubur Eriq 2 kali kerana sibuk.

Dia berjaya menerima kenyataan namun hatinya masih lagi mencintai arwah Eriq.

"Macam mana agaknya Izham sekarang?"

"Siapa Izham?"

Aina mengetap bibirnya.Entah Damia dengan muka sepuluh sen berdiri di belakangnya.

"Damia,kau rasa dah tak sayang nyawa ke?Pergi tunggu dalam kereta,aku nak kunci pintu."

Damia akur dan berlalu pergi.Aina pula menampar pipinya berkali kali.

'Kenapa aku tiba tiba terfikirkan Izham ni..'

"Aina cepat lah!"

"Ok puan!"

'Aku harap dia dapat kebahagiaan yang dia harapkan.'

Ayat itu hanya disimpan di dalam hatinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience