Bab 6

Romance Series 9019

Gambar Eriq yang memakai kot berwarna hitam itu ditatapnya.Senyuman manis menghiasi wajah Aina yang ayu.

"Eriq,saya tak akan pernah lupakan awak.Saya tak akan pernah lupakan Eriq dan Arrayan Benjamin.Dua lelaki yang sanggup berkorban demi saya."

Masih dia ingat kenangan dia dan Eriq semasa kali pertama dia berjumpa dengan lelaki itu.

Mereka bergaduh dan bergaduh.Namun siapa sangka,mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

"Aina..."

Aina memandang ke arah seorang wanita muda yang berdiri di pintu.

"Kenapa Cik Sal?Marilah duduk."

Wanita yang dipanggil Cik Sal itu mengambil tempat di tepi Aina.

"Makanan dah siap.Marilah turun makan."

Aina menghadiahkan senyuman kepada Cik Sal.

"Takpelah.Nanti Aina turun.Cik Sal tu,demam dah ok ke?"

Cik Sal mengangguk.Anak mata gadis itu ditatapnya.Dia dapat melihat kesedihan dan keperitan yang ditanggung oleh gadis itu.

"Aina teringatkan Eriq ke?"

Aina diam.Kemudian dia mengangguk.

"Kalau Eriq masih ada pasti dia sedih tengok Aina."

"Hmmm....Cik Sal..Aina nak jumpa Izham."

"Kamu nak buat apa Aina?"

Aina tidak menjawab.Dia menuruni tangga dengan laju.

Langkahnya terhenti apabila melihat pasu yang berukiran bunga.Pasu yang dia dan Eriq berikan pada ibu Izham.

Aina menampar pipinya.Cuba untuk melupakan kenangannya.Kakinya berjalan menuju ke kolam.

Dia tersenyum.Izham sedang berdiri di tepi kolam.

"Izham..."panggilnya.

"Kenapa awak tak bagitau saya yang muka saya sama dengan Eriq?"

Aina kaku.Izham memandangnya tajam.

"Patutlah mula mula saya tegur awak...awak tak hiraukan saya."

"Izham..."

Izham tersenyum sinis ke arah Aina.

"Awak nak cakap apa?"

Aina tersenyum lemah.

"Teruskanlah perkahwinan awak dengan Ika."

Izham ketawa.Ketawa yang sangat palsu.

"Siapa awak nak decide hidup saya?Awak ingat saya ni Eriq?"

Air mata yang ingin mengalir ditahan.

"Tak.Saya tak pernah anggap awak Eriq.Sebab tiada siapa pun mampu gantikan tempatnya,walaupun paras rupa sama."

Izham mendekati Aina.Matamya tajam menikam anak mata Aina.

"We will see.Saya akan buatkan awak jatuh cibta dengan saya dan saya akan buat awak lupakan Eriq.Saya nak tengok macam mana ibu bapa awak ajar awak untuk setia."

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Izham.

"Sekali lagi kalau kau berani cakap macam tu aku tak akan teragak agak untuk putuskan semua hubungan kita!Kau dengar sini...Tiada siapa yang dapat gantikan tempat Eriq!Lebih lebih lagi kau!"

Air mata mengalir laju.Sungguh hatinya sakit mendengar kata kata Izham.

Izham kelu.

Aina berjalan laju ke arah keretanya.Kereta dipandu laju meninggalkan perkarangan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience