BAB 2

Humor Completed 5118

Mama yang sedang menggunting daun-daun mati di pokok-pokok bunga kesayanganya, leka memerhatikan tingkah Sarah yang sejak dari lepas Asar sudah bersenam di kawasan tepi rumah.

Mula berlari keliling rumah, kemudian diikuti lompat bintang. Sekarang pula bersungguh melompat dengan tali ‘skipping’nya. Kejap-kejap Sarah berhenti mengambil nafas dan tenaga sebelum meneruskan lagi.

“Sarah sudah-sudah la tu, orang bersenam 45 minit aje setiap hari, kamu tu dah lebih tiga jam.” Sarah memberhenti lompatannya setelah mendengar teguran mama. Sarah menggeleng kepada mama yang masih memandangnya, setelah itu lompatan diteruskan lagi.

“Mengeluh ma…” Tegur Safrizal, keluhan mama kedengaran sungguh berat.

“Adik tu Long, risau mama dibuatnya.” Safrizal mengambil tempat di kerusi malas berdekatan taman mama.

“Apa yang mama risaukan? Adik okay aje Along tengok.” Mama melangkah menghampiri Safrizal dan turut duduk di kerusi malas yang ada.

“Adik kurang makan sekarang ni, seminggu kadang sekali, kadang langsung tak makan. Makan epal hijau aje, lepas tu awal pagi sebelum pergi kelas, berjogging empat lima round rumah kita ni. Kalau petang, macam tu lah…” Mama memuncungkan mulut menunjuk ke arah Sarah yang masih dengan skippingnya. Safrizal membetulkan duduknya. Belakang tengkuk digosok perlahan. Hatinya sendiri gundah melihat perlakuan adik bongsunya itu.

“Zahir berjanji sangat dengan dia. Mama pun tahu macam mana sayangnya adik dekat Zahir tu. Payahlah Along nak cakap dengan adik bila berkaitan dengan Zahir dia tu.” Mama mengeluh lagi. Walaupun Zahir anak saudara mama, tetapi dia tidak berkenan dengan cara Zahir terhadap satu-satunya anak perempuannya.

“Along dah cuba cakap dengan Zahir?” Safrizal hanya mengangguk lemah. Mama tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dalam hati, tak lepas mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience