BAB 1

Humor Completed 5118

“Sini gemuk, sini gemuk, ni pun gemuk menggeleber! Stress dibuatnya. Dah saya dah nekad yang bahawasannya saya nak kuruskan badan.”

“Whatt? Nak kuruskan badan, biar betul ni dik? Boleh percaya ke ni dik? Payah ni dik…” Lelaki itu masih tergelak-gelak.

“Eh Kenapa pulak? Apa yang payahnya?”

“Yelah, tengok cermin tak? Sebab bukan apa, abang tengok adik ni, lemak tepu banyak.” Sarah terus menghentak kepala lelaki berkumis nipis itu dengan tangannya yang seberat 3 kilo itu. Terus sahaja lelaki itu mengaduh kesakitan.

“Apa ni adik?” lelaki itu masih menggosok kepalanya yang sakit dihentak.

“Bagi abang rasa, tepu tak tepu lemak saya ni.” Jawab Sarah lalu terus melangkah keluar dari Gim tersebut.

“Kurang ajar punya Instructor!” Bentak Hati Sarah.

Mama hanya memerhati dari tepi kolam ikan. Sarah melangkah dengan bebal ke arah kerusi malas di luar rumah. Mama sudah tersenyum-senyum dan kemudian ketawa kecil.

“Mama gelak pulak.” Mama terus ketawa besar, sambil tangan masih lincah memberi makan kepada ikan-ikannya.

“Iyelah, mama dah cakap tak payah, nak jugak dengar cakap Along kamu tu.” Sarah mencebik.

“Along kata kawan dia baik. Baik apa ke benda. Mulut takde insuran adalah, rasa terus penangan tangan berputar Sarah sebijik.” Mama ternganga.

“You didn’t do it right Sarah?” Mama menyoal, Sarah menggeleng.

“Sarah dah buat dah mama.” Mama tergeleng-geleng. Sarah ketawa kecil. Deruman kereta turbo Safrizal mengalih perhatian mereka. Sarah kembali mencerut, pabila Safrizal keluar dari kereta dan terus ketawa apabila memandang wajahnya.

“Mama tau tak apa princess Mama dah buat hari ini.”Safrizal menyoal selepas menyalami Mama.

“I know. She punched Hariez.” Mereka berdua ketawa besar. Sarah menghentak-hentak kakinya, tanda protes.

“Dia kata adik ni tak boleh kurus dah sebab lemak tepu, siapa tak marah?” Sarah menjuih bibir.

“Adik dah benjolkan kepala dia tau tak.”Ujar Safrizal dalam sisa ketawanya.

“Padan muka dia.” Sarah memuncungkan bibir. Safrizal lantas menarik kedua-dua belah pipinya, apa lagi, tercetuslah adegan ronta meronta. Mama pula asyik membebel marahkan kebisinganya kedua beradik itu. Hai lah! Mujur Angah masih di UK kalau tidak, jenuh! Rungut Mama dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience