BAB 12

Humor Completed 5122

Hariez Zamani berlari laju ke arah keretanya. Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan Hariez terus memecut laju meredah jalan raya yang agak sesak petang itu. Panggilan daripada Safrizal betul-betul mengejutkan dia. Sarah, kenapa drastik sekali keputusan yang dibuatnya itu! Hariez membentak dalam hati.

“Hariez, cepat datang rumah aku, Sarah telan pil!”

Suara Safrizal seakan-akan masih terngiang-ngiang dicuping telinga, berita yang menggegar jantungnya. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa setengah jam dan sejam jika lalu lintas sesak, kini hanya 10 minit dilakukan oleh Hariez. Sebaik tiba di hadapan rumah Sarah, terus sahaja dia berlari masuk ke dalam rumah tanpa perlu dijemput sesiapa.

“Where is she?!” Soal Hariez sebaik wajah Safrizal di hadapannya. Safrizal memaut erat bahu Hariez yang berwajah penuh risau.

“Dalam bilik, mujur doktor boleh bagi dia muntah balik pil-pil tu.” Hariez mengurut dada, lega!

“Pil apa? Kenapa tiba-tiba dia macam tu?” Hariez menyoal bertalu-talu.

“Pil kurus mana entah dia dapat. Erm… you should ask her yourself, Hariez.” Safrizal memberikan laluan kepada Hariez untuk bertemu empat dengan Sarah. Mama setia menemani Sarah dikamarnya.

Hariez memandang mama yang berada di sisi Sarah dan menunduk sedikit sebagai tanda hormat, kemudian perlahan-lahan menghampiri Sarah yang terbaring lemah. Pipi Sarah setia dibasahi oleh linangan air matanya walaupun kelihatan Sarah seperti sedang lena. Mama mengalih kedudukannya, menjauh sedikit, sekadar memberi ruang kepada Hariez untuk bertemu Sarah.

“Kenapa A’ah buat macam ni A’ah…” Suara dan panggilan itu membuatkan Sarah membuka perlahan matanya. Pandangannya dikalih pada suara yang berada di sisi kirinya. Air matanya kian laju merembes.

“Awak…” Sarah bersuara lemah. Namun air matanya tidak selemah itu, ia mengalir laju di pipi Sarah.

“Kenapa A’ah, kenapa sampai macam ni tindakan awak?” Hariez menyoal lagi, penuh nada kerisauan. Sarah memejam rapat matanya. Bagaimana harus dia menjawab persoalan itu? Tiada niat untuk memusnahkan diri sendiri tapi…

“Jangan panggil saya macam tu boleh…” Sayu suara Sarah meminta pada Hariez. Sarah gerun pada panggilan begitu, gerun untuk terus mendengarnya.

“Kenapa? Dari dulu lagi, awak selalu tak izinkan saya panggil awak macam tu…” Dalam lemah, Sarah cuba memamah kata-kata Hariez.

“Bila….” Belum sempat habis bersuara, Hariez memintas.

“Biarkan yang lama, yang penting sekarang yang saya nak tahu kenapa awak seksa diri awak macam ni?” Hariez bersoal tegas kali ini. Sarah menelan payah liurnya, tekak terasa perit, mungkin kesan daripada paksaan untuk muntah yang dilakukan doktor yang merawatnya sebentar tadi.

“Saya cuba macam cara untuk kurus awak… semua cara saya dah cuba….”

“Jadi?” Hariez memintas lagi. Sarah mengetap bibirnya perlahan.

“Ini jalan terakhir yang mampu saya fikirkan….” Hariez mendengus kasar.

“Are you crazy? Awak boleh mati tau tak!” Hariez berang dengan pernyataan Sarah yang tidak masuk dek akal.

“Takde jalan lain dah…” Sarah membalas dalam lemahnya.

“Ini bunuh diri namanya!” Mama berdehem perlahan, menegur Hariez yang agak bersuara tinggi terhadap Sarah yang masih lemah.

“Tapi… Sarah nak kurus, saya penat di hina!” Sarah membentak dalam tangis yang mula menjadi.

“For what?!”

“For you! Untuk awak, untuk jadi seganding dengan awak!” Hariez terkedu.

“Saya tak minta sampai macam ni A’ah….” Sarah mengeluh perlahan.

“You once ask for it…. And Zahir kept repeating that I never can be good enough for you.” Hariez mengerut dahi, kemudian mengeluh lemah.

“Dia lagi… he never learns a lesson…”

“What do you means for that?” Sarah sudah tegak bangun daripada pembaringannya.

“Forget it… sekarang ni awak, awak tak payah seksa diri macam ni, pikir nak kurus segala…”

“Tapi… bukan ke awak kata nak putuskan pertunangan kalau saya tak kurus” Hariez mengeluh lemah.

“Saya cakap macam tu nak suruh awak stop makan banyak-banyak. Diet yang sihat, bukan macam ni. Okay, saya tarik balik kata-kata tu, boleh?”

“Tapi….”

“Saya ada A’ah… saya ada, saya akan bantu awak. Tak perlu pil-pil segala, saya janji selagi saya ada, saya bantu awak…” Sarah memandang hariez yang bersungguh menutur kata. Sarah keluh perlahan.

“Okay, but stop calling me with that name, please…” Hariez berubah riak.

“Why? Kalau saya mesti tak boleh… dari dulu lagi, sakit hati!” Sarah ternganga, tak faham!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience