BAB 11

Humor Completed 5122

Sarah sudah selesai memilih baju pertunangannya, coklat cair. Warna kegemaran dia dan tak sangka, warna kesukaan Hariez. Hariez hanya memilih kemeja rona warna sama sebagai persalinan pertunangan nanti.

“Jom makan, lapar la…” Sarah memberhenti langkahnya betul-betul di depan KFC. Hariez yang sudah ke depan hanya menggeleng laju dan terus berjalan tanpa sedikitpun mempedulikan rengekan Sarah.

Sarah bebal. Sakit hati dengan sikap Hariez apabila soal makan ditimbulkan. Geram! Makan pun satu masalah ke?

“Saya ada gastrik la awak, tak makan nanti sakit la.” Sarah merengek lagi. Hariez tetap buat tak tahu. Satu demi satu kedai disinggahnya, Sarah sudah sebal!

“Awak!” Sarah menjerit. Semua mata yang ada memandang. Hariez mengeluh kuat.

“Nak makan sangat pergi makan, elok-elok sihat menipu kata sakit. Pergilah.” Hariez bersuara tinggi. Sarah terkedu. Baru pertama kali Hariez meninggikan suaranya sebegitu kepada Sarah.

Sarah serba salah, Hariez sudah jauh melangkah ke depan. Hatinya berbelah bagi, melayan perutnya yang lapar atau melayan marahnya Hariez? Aduh! Payah betul!

“Asal nak makan aje marah!” Sarah merungut, langkahnya laju menyaingi langkah Hariez. Hariez hanya menjeling sekilas ke arah Sarah yang sudah termengah-mengah disisinya, penat mengejar dia yang laju melangkah.

Segala barang yang diperlukan telahpun selesai dibeli. Jam sudah menunjukkan jam dua. Perut Sarah sudah bergendang berkompang. Hariez masih lagi diam, bercakap bila perlu sahaja. Sarah sudah tidak berani untuk bersuara tentang makan, takut sekali lagi dimarahi.

“Kita singgah solat dulu.” Hariez ketika itu sudahpun memasuki kawasan masjid. Sarah hanya mengangguk perlahan. Setelah Hariez mematikan enjin kereta, mereka berdua melangkah keluar.

“Dalam 15 minit kita jumpa dengan sini.” Hariez terus berlalu setelah memberi ‘arahan’. Sarah hanya mengangguk, suaranya bagai tidak mahu keluar melihat wajah Hariez yang terlalu serius. Sarah mengambil tempat di kerusi batu luar masjid. Dia sedang keuzuran, hendak minta duduk dalam kereta, terasa malas hendak bersoal jawab dengan Hariez tambah pula dengan Hariez yang tarik muka 14 sen!

Selepas lebih 15 minit barulah kelibat Hairez kelihatan keluar daripada masjid. Sarah bingkas bangun dari duduknya dan menghampiri kereta Hariez, peluh yang merinik dek kepanasan dikesat dengan tisu ditangan.

“Awal siap solat? Solat ke tak?” Soal Hariez sebelum memasuki kereta, Sarah mencebik.

“A.B.C” Hariez mengerut dahi. Kereta dihidupkan, pantas sahaja Sarah memasang penyejuk kereta pada had maksima.

“Cuti la, tak boleh solat.” Sarah menjawab apabila wajah Hairez dilihatnya menagih pengertian lanjut.

“La… dah tu duduk mana?” Sarah menunding ke kerusi batu yang menjadi tempat rehatnya sebentar tadi.

“Lain kali cakap je la, boleh duduk dalam kereta, sejuk sikit.” Sekali lagi Sarah mencebik.

“Nak cakap macam mana kalau orang tu tarik muka aje.” Hariez diam tidak bersuara, malas nak layan sindiran Sarah. Kereta terus dipandu keluar daripada perkarangan masjid. Perut Sarah sekali lagi bergendang kuat, menarik perhatian Hariez yang sedang memandu hingga terukir senyuman dibibirnya.

“Yelah… kita singgah makan dulu.” Sarah menjungkit kening.

“Tak cakap apa-apa pun.” Hariez ketawa kecil dengan kata-kata Sarah.

“Perut awak dah bagi saya warning…” Sarah memegang perutnya dengan kedua-dua tangan, malu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience