BAB 14

Humor Completed 5118

Majlis akad nikah dan kenduri kesyukuran Hariez dan Sarah berjalan dengan lancar. Majlis yang sepatutnya menjadi majlis pertunangan digantikan terus dengan majlis pertunangan, semuanya atas kehendak Hariez sendiri. Sarah yang awalnya agak keberatan hanya mengikut kehendak Hariez, biarpun persiapan menjadi lebih kelam kabut. Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang telah diaturkan mereka.

“Jauh menung Sarah?” Sapaan Hariez mengejutkan Sarah yang jauh termenung di birai katil. Baju nikah plus kenduri belum bertukar lagi, begitu juga dengan Hariez. Sarah mengukirkan senyuman buat Hariez yang sudah sah menjadi suaminya empat jam lalu. Hariez melabuh duduk di sisi Sarah.

“Tak percaya aje, kita dah nikah.” Hariez mengerut kening memandang isteri yang baru dinikahinya. Perlahan tangannya mencubit lengan isterinya.

“Ouch… apa ni…” Sarah menggosok perlahan lengannya yang dicubit kecil oleh Hariez.

“Dah percaya. Bukan mimpikan.” Jawapan Hariez meletuskan tawa kecilnya. Sarah mengangguk kecil.

“Erm… nak tanya sikit, lama dah nak tanya….” Hariez membetul duduk memandang wajah Sarah yang masih dihiasi make-up tipis, menaikkan seri cantik semula jadinya.

“Apa sayang….?” Suara Hariez yang penuh manja itu membuatkan wajah Sarah diserbu darah. Hariez tersenyum dengan tingkah Sarah yang masih malu-malu.

“Kenapa abang terima Sarah yang montel ni? Kan ramai lagi perempuan cantik….” Tergeliat lidahnya untuk membiasakan memanggil Hariez dengan panggilan itu. Hariez yang mendengar, tersenyum bahagia, hatinya berbunga!

“Sayang Isteriku Sarah….” Hariez bersuara lembut, hati Sarah berdetak luar biasa, nyata cinta bisa dipupuk lepas nikah, lagi indah rasanya.

“Kalau cinta ni pentingkan rupa paras, mesti semua orang kejar Dato’ Siti sayang…. Tapi abang kejar Nur Sarah Hani je, dari dulu sampai abang berjaya sekarang…” Tangan Sarah digenggam erat. Sarah ketawa kecil, apa hal masuk Dato’ Siti pulak ni.

“Tak malu eh? Abang ni sasa je, gym instructor pulak tu, dapat isteri chubby gini.” Sarah menghala matanya pada tubuh sendiri. Hariez mencuit dagunya lembut. Wajah Sarah jangan disoal, memerah sedari tadi, menambah lebar senyuman Hariez.

“Sayang ni… walaupun abang ni sasa, badan ketul-ketul siap six packs ni…” Hariez menampar perutnya. Sarah menjuih bibir, perasan sudah suaminya!

“Abang suka isteri chubby-chubby, macam Sarah Hani abang ni…” Wajah Sarah makin memerah apabila Hariez menariknya dalam pelukan. Sarah membalas pelukan Hariez perlahan.

“Zahir jumpa Sarah tadi…” Hariez terus sahaja meleraikan pelukan mendengar kata-kata itu.

“Dia nak apa lagi?” Sarah hanya tersenyum dengan reaksi Hariez yang sudah dijangka.

“Dia mintak maaf dan ucap tahniah…” Hariez memandang tak puas hati.

“Abang ni… betul la, mintak maaf sebab cuba merosakkan hubungan yang abang cuba bina dulu…” Sarah menggenggam erat tangan Hariez.

“Memang patut dia mintak maaf…” Sarah cuma tersenyum dengan rungut Hariez.

“Marah lagi? Bukan abang dah ‘ajar’ dia ke?” Sarah cuba menebak,Hariez tersengih panjang.

“He asked for it sayang…” Sarah tersenyum dengan gelengan. Akibat bengang dengan Zahir yang mengutuk dan menghina fizikal Sarah, Hariez memberikan beberapa tumbukan percuma.

“Berapa banyak abang bagi?”

“Tripple daripada apa yang sayang pernah bagi dekat abang dulu…” Sarah terkedu. Tersengih kemudiannya melebih kerang busuk.

“Sorry abang, tak sengaja….” Hariez hanya tersenyum, ditarik isterinya merapatinya.

“Hari sayang bagi hadiah tu, abang sangat-sangat happy, sebab after a few years, kita jumpa balik…” Sarah mengangguk laju.

“Tapi Sarah tak kenal pun abang, just kenal sebagai kawan along…”

“Sayang memang, dari kecik asyik dengan Zahir aje.” Sarah mencerut wajah.

“Zahir giving me such a painful memory abang… because of him, I almost die.” Sarah bersuara sayu. Masih terkenang pada hari Zahir memaksa dia untuk berjumpa. Hatinya berbunga ketika menerima panggilan daripada Zahir tapi akhirnya dia kecewa. Zahir menghinanya dengan mengatakan dia tidak segandingan dengan Hariez Zamani yang bertubuh sasa, sedangkan dia ‘terlebih sasa’!

“Sudahlah… hari ini hari bahagia kita. Jom, tetamu mesti cari kita dekat luar tu, nanti apa kata orang pulak, pengantin tak sabar!” Sarah mencubit manja lengan Hariez, suka buat wajahnya memerah!

“Terima kasih selamatkan Sarah dekat taman dulu…” Hariez menjungkit kening. Sarah tahu?

“Mama cerita semalam. Tak sangka abang ada daripada awal.” Sarah menjawab seolah mendengar persoalan yang bermain di fikiran Hariez.

“Itulah namanya jodoh. Amazing right? Sejak hari tu, abang cuba dekatkan diri dengan sayang. Alhamdulillah, along terima abang sebagai adik ipar dia.” Sarah dan Hariez saling membalas senyuman, beberapa ketika mereka bergandingan keluar daripada bilik.

Apalagi tak habis-habis sanak saudara riuh mengusik, pengantin hilang dalam bilik! Bahagia, buat Sarah yang mendapat cinta sejatinya dan bahagia buat Hariez yang berjaya merebut cinta yang diinginkannya selama ini.

Jalan untuk saling memiliki agak sulit namun kedua-duanya menadah tangan bersyukur ke hadrat Illahi kerana semuanya berlaku seperti yang diinginkan, badang perkasa akhirnya berjaya memiliki si cantik dan si cantik bahagia berada di sisi pojaan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience