BAB 7

Romance Completed 28243

Yana baru sahaja tiba di restoran, mahu bertemu dengan tunangnya. Eh, tunangnya? Yaa… dia terpaksa menuruti kehendak keluarganya yang mahu dia berkahwin di usianya sekarang.

Ah, bukannya tua sangat pun. Baru umur 27 tahun. Apala yang Mama dan Papanya kecoh. Matanya melilau mencari kelibat Haikal, si tunang yang bakal menjadi suami dalam masa beberapa bulan lagi, sebulan selepas ‘disaster’ itu berkahwin dengan tunangnya.

She found someone that can make her forget 'him'.

Yana ternampak kelibat Haikal di satu sudut di meja sedang berbual-bual dengan seorang lelaki dan seorang perempuan. Siapa entah, dia sendiri tidak tahu, hanya nampak belakang sahaja. Bila Yana mendekati Haikal, ah, mereka ini. Yana terkejut melihat Amar dan Mira. Ah… kecilnya dunia ni.

“Lambat sampai,” suara Haikal menyedarkan dirinya. Yana memandang Haikal dengan senyuman tanpa menghiraukan pandangan Amar dan tunangnya. Dia mengambil tempat di sebelah Haikal. Ah… kali ini dia mampu hilangkan Amar dari hidupnya dengan kehadiran Haikal.

“Sorry, meeting habis lambat. Dah order?” Haikal mengangguk. Yana menyedari pandangan Amar dan Mira. Ah… ni pehal pandang aku macam tak pernah nampak aku. Aku salah make-up ke? Eh, bila masa aku make-up? Yana mengomel dalam hati.

“Kau?” Akhirnya Amar bersuara. Yana menoleh. Memandang Amar dan Mira yang sedang memandangnya dengan penuh kehairanan.

“Korang kenal ke?” Haikal bersuara.

“Kita orang satu UKM dulu,” Amar membalas diiringi anggukan dari Mira.

Yana menunjukkan reaksi jengkel mendengar ayat Amar. Ah… memandai je nak mengaku kau tu coursemate aku. Dulu, kemain berlagak sombong dengan aku. Yana mengutuk Amar dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience