BAB 5

Romance Completed 28243

Beberapa kali Huda Masdiana menarik nafas. Melihat kelibat Amar Asyraf bersama kekasihnya di Pavillion, di hadapannya kini benar-benar mengguris hatinya. Terlalu. Melihat Amar berpegangan tangan dengan kekasihnya benar-benar membuatkan Yana mahu beredar dari pusat membeli-belah itu.

“Ah, sial.” Huda Masdiana bersuara tatkala melihat pasangan kekasih itu,lantas dia memalingkan tubuhnya, mengelak dari Amar melihat dirinya.

“Huda Masdiana,” Yana baru sahaja mahu beredar tatkala Amar memanggilnya, lantas dia berpaling.

“Oh, Hi,” Yana berlakon tatkala Amar betul-betul berada di hadapannya. Amar mengukirkan senyuman kepadanya. Yana memandang kekasih Amar, tersenyum sinis kepadanya. Pergh, ini mesti ingat aku ada hati dengan pakwe kau. Argh, blah la dengan pakwe disaster kau. Yana memarahi kekasih Amar dalam hati.

You make me feel annoying.

“Kau buat apa kat sini?” soalan Amar benar-benar buat Yana jengkel. Apa bodoh punya soalan. Sudah tentu datang shopping. Yana memarahi Amar dalam hati.

“Oh, aku datang sini nak bunuh orang.” Haaa… ambik kau. Yana tersenyum puas dalam hati tatkala melihat muka Mira, kekasih Amar berubah. Amar tersenyum mendengar jawapan Yana. Yana makin jengkel dengan senyuman Amar.

“Kerja part-time kau eh, bunuh-bunuh orang?” Sekali lagi Amar melontarkan soalan. Ah… Yana benar-benar rasa menyampah dengan lelaki dihadapannya.

“Sort of,” balas Yana dengan jengkel. Amar tersenyum lagi. Yana tahan sahaja rasa menyampah dengan senyuman Amar. Dia sedar, Mira sedang memandangnya dengan dingin. Eh, kau ingat aku nak sangat borak dengan pakwe kau? Tak hingin aku.

“You, jom lah. Nanti lambat pula,” kedengaran suara Mira. Yana dan Amar menoleh ke arah Mira.

“Aku pergi dululah.” Amar berkata sebelum beredar. Yana hanya mengangguk. Dia sedar, Mira sempat memberikan satu jelingan kemenangan kepadanya.

“Daaa… annoying.” Yana bersuara sebelum kembali meneruskan tujuan dia datang ke situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience