BAB 8

Romance Completed 28243

Ah... dia ni muncul lagi.

“Yana…” Haikal menyedari reaksi jengkel yang ditunjukkan oleh tunangnya. Mujur dia sahaja yang sedar reaksi itu, bukan Amar mahupun tunangnya. Yana hanya memandang tunangnya dengan senyuman.

“So, korang… tunang?” Sekali lagi Amar mengeluarkan soalan. Ah.. tetiba Yana mahu saja menyepak Amar Asyraf di hadapannya. Asal soalan bodoh je kau selalu keluarkan pada aku? Yana merungut dalam hati.

“Ha’ah… baru je.” Haikal menjawab. Yana hanya tersenyum memandang tunangnya.

“Macam mana korang kenal?” Amar mengeluarkan soalan lagi. Dia hairan bagaimana rakan sekolahnya boleh ketemu Huda Masdiana yang pendiam dan agak pelik perangainya.

“Family kitaorang.” Yana mencelah.

“Family korang? Tapi, as far as I know, korang punya taste not each other.” Amar memandang Haikal yang sedang tersenyum. Aku sudah hilangkan perasaan pada kau.

“Asal kau banyak sangat tanya soalan? Aku tak ada la pulak tanya asal kau end up dengan Mira?” Yana geram. Dia sedar Mira sedang merenungnya dengan tajam.

“Huda Masdiana,” Haikal menegur. Yana menarik nafas. Benar, dia harus menjaga tatasusila sebagai tunang Adam Haikal.

“Sorry. Bad mood hari ini. Meeting cam disaster sikit.” Yana berbohong. Haikal mengukirkan senyuman padanya. Ah… dia tenang berhadapan dengan Haikal.

“It’s okey. Aku tak kisah pun. Faham bila meeting went worst.”

Amar mengukirkan senyuman kepada Yana. Yana membalas senyuman itu dengan tidak ikhlas.

Perbualan mereka rancak hingga ke babak mengimbau zaman di university dulu. Haikal dan Amar dan sebagainya. Kali ini Huda Masdiana sudah tiada lagi rasa menyampah pada Amar Asyraf.

Tiada lagi. Janji yang dilakukan pada dirinya benar-benar dikotakan. Dia sudah mampu melupakan Amar Asyraf dari hidupnya. Suatu kegembiraan. Tiada lagi rasa disaster. Tiada lagi cinta yang penuh dengan tanda tanya, sandiwara dan kepalsuan. Dia kini boleh bahagia menikmati momen manis berdua dengan Adam Haikal dan itu sudah memadai untuk dirinya.

Tiada drama, tiada istilah fake, dia yakin ini bukan cinta palsu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience