BAB 3

Romance Completed 28243

“Don’t ever say that words!” Yana tidak mahu mendengar perkataan terakhir yang keluar dari mulut Afifah. Yaaa… dia tahu perkataan itu.

Walau macam mana sekalipun, dia takkan mengakui yang dia pernah cintakan Amar Asyraf. Dia takkan pernah akui itu. Dia ada rahsianya tersendiri.

Afifah menggeleng melihat sahabatnya itu. Masih lagi ego di saat hatinya terluka. Dia sendiri tidak menyangka yang Yana pernah punya perasaan pada Amar Asyraf.

Dengan cara Yana yang sememangnya menunjukkan dia menyampah dengan lelaki itu, dia tidak menyangka, Yana sebenarnya menyukai lelaki itu. Dia sendiri tidak memahami mengapa Yana bertindaksedemikian.

‘’Dengar sini,’’ Afifah memegang pipi sahabatnya. “Sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila kau nak membenci dia? Sampai bila? Luahkan pada dia, dan kau takkan rasa sakit sebegini setiap kali nama dia disebut.Takkan rasa sakit setiap kali kau nampak dia…”ucap Afifah geram.

“Dia takkan suka aku. Kau kena tahu itu!” Yana tidak mahu mengalah.Ah… Afifah tidak memahami. Dia takkan pernah suka aku.

“Macam mana kau tahu?”Afifah menyoal. Geram juga dengan Yana ini. Ego. Tapi dia tidak sanggup memarahi sahabatnya itu. Bukan salah Yana pun bila dia berkeras untuk terus membenci Amar. Benar, rasa cinta tu dating di saat kita tak terduga. Dia faham itu.

“Dia dah ada awek…” Afifah menarik nafas mendengar jawapan Yana. Ah… dia lupa itu. Amar Asyraf sudah berpunya. Sudah punya kekasih hati yang dia rasakan Yana akan kalah jika dibandingkan dengan Mira, kekasih Amar.

“Yana…” Afifah berusaha menenangkan sahabatnya itu. Yana memandang Afifah dengan senyuman sinis.

"Aku takkan rosakkan hubungan orang. Aku tak nak..." Yana tidak tahu apa lagi yang harus dijawabnya.

"Dan biarkan kau terluka disebabkan hubungan mereka?" Afifah tahu Yanaterluka melihat hubungan Amar bersama kekasihnya. Dia takkan pernah rosakkan hubungan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience