BAB 2

Romance Completed 28243

Pertemuan semula dengan Amar Asyraf benar-benar buat hati dia terluka lagi. Luka lama kembali berdarah. Dia cuba untuk bersikap mesra dengan lelaki itu, namun tidak mampu. Setiap tindakan lelaki itu sama ada sedar atau tidak akan melukakan dirinya. Sebab itu dia menyampah dan benci lelaki itu. Menyampah dan benci hanya untuk menghapuskan rasa aneh itu.

Dia semakin membenci Amar Asyraf disebabkan rasa aneh itu makin kuat mengalir dalam dirinya bila dia cuba menjauhi lelaki itu. Rasa aneh itu semakin pekat setiap kali dia senaraikan segala alasan untuk dia membenci lelaki yang bernama Amar Asyraf itu.

Haruskah diluahkan rasa aneh itu hanya untuk hilangkannya?

“Apa kata kau luahkan sahaja perasaan itu pada dia?” Afifah memberi cadangan.

Dengan pantas Yana menggeleng. Dia tidak sanggup untuk lakukan itu. Dia tidak sanggup membodohkan dirinya sekali lagi. Cukuplah dengan perasaan aneh yang dia simpan pada lelaki yang dia pernah benci dan menyampah suatu ketika dahulu.

Dia tidak mahu lagi memalukan dirinya. Punya perasaan pada Amar Asyraf, benar-benar merupakan satu kesalahan, satu penyesalan yang pernah berlaku dalam hidupnya.

“Yana…” Afifah berusaha memujuk.

“Aku tak nak. Aku tak nak bodohkan diri aku depan dia. Kau gila ke nak luahkan pada dia yang selama ni aku suka dia, bukan benci dia. Takkan kau nak suruh aku beritahu dia, yang aku try elak terserempak dengan dia sebab aku menyampah dengan dia. Sebab aku menyampah dengan dia sebab aku suka dia? Itu yang kau nak suruh aku confess?”

Yana meninggikan suaranya sambil mengalirkan air mata.

“Itu lagi baik dari kau macam ni. Dari kau seksa diri kau. Dari kau tipu diri kau. Sampai bila kau nak tipu diri kau? Rasa benci yang kau ada pada dia dah bertukar menjadi…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience