BAB 1

Romance Completed 28243

Bila cinta yang kau curahkan pada seseorang disia-siakan, rasa sayang itu kini bertukar kepada benci yang didiorang dari rasa frustasi. Perlahan-lahan ia membawa kepada unsur-unsur negative. Kembali menjadi ‘fitrah’ asal yang dia pernah simpan pada lelaki itu. Mungkin rasa aneh itukini bertukar menjadi sesuatu yang dia paling bencikan ketika ini.

Cinta. Yaaa… dia benci lelaki itu disebabkan rasa cinta yang dia pernah ada untuk seseorang itu. Jatuh cinta pada lelaki itu tanpa dia sedar. Satu perasaan yang baginya sia-sia dan penuh dengan kepalsuan.

Dan bila dia sedar rupanya bukan lagi rasa benci yang dia ada pada lelaki itu, tetapi rasa cinta yang digelarkan perasaan aneh, dia tahu ia sudah terlambat sebenarnya. Melihat lelaki itu bahagia dengan kekasih hatinya. Ah… itu benar-benar melukakan dirinya. Terlalu.

Benarlah, jangan terlampau membenci, nanti akan wujud satu rasa aneh. Rasa aneh yang lelaki itu mahupun mana-mana manusia akan tidak menyangka bahawasanya dia sebenarnya ‘suka’ pada lelaki itu. Mungkin bukan ‘suka’ pada awal permulaan. Ah… balasan kah?

Ah... rupa-rupanya ia terlampau sakit.

“Huda Masdiana,” Yana menoleh. Afifah sedang memandangnya dengan senyuman. Yana mengukirkan senyuman kelat. Ah… dia tidak mampu lagi untuk senyum dengan ikhlas. Rasa sakit dan kecewa yang dia alami telah hilangkan rasa gembira yang ada dalam dirinya.

“It’s okey. Aku ada.” Afifah memegang bahu kawannya. Dia tahu sahabatnya itu sedang bersedih. Sedih disebabkan cinta dalam diam. Dia faham bagaimana perasaan cinta dalam diam itu.

“Aku… aku..” Lidah Yana kelu untuk berkata-kata. Sekali lagi air matanya jatuh. Jatuh lagi selepas 3 tahun ‘kemarau’. Semuanya disebabkan oleh lelaki bernama Amar Asyraf. Ah… dia ingat lagi reunion mereka beberapa minggu yang lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience